Saturday 22 September 2012

KARANGAN NO.2: KOLEKSI SOALAN PERCUBAAN SPM 2012


NEGERI KELANTAN

1. Remaja kini berdepan dengan pelbagai tekanan dalam usaha memenuhi keinginan nafsu ibu bapa dan guru untuk menjadi pelajar yang cemerlang. Tekanan yang dihadapi telah menyebabkan ada segelintir remaja mengambil tindakan yang tidak sesuai.
 
Jelaskan usaha-usaha yang perlu anda lakukan untuk menangani tekanan

 
2. Banyak pendapat mengatakan bahawa masalah sosial dalam kalangan remaja berkaitan dengan keruntuhan institusi keluarga. Jelaskan peranan keluarga bagi menangani masalah sosial dalam kalangan remaja masa ini.

 
3. Industri pelancongan merupakan antara penyumbang terbesar ekonomi Negara. Anda ingin menulis rencana tentang peranan yang perlu dimainkan oleh pelbagai pihak untuk memajukan industri pelancongan.

Tulis rencana selengkapnya.

4. Penganjuran sukan bertaraf dunia seperti perlumbaan kereta formula F1,Perlawanan bola sepak piala AFC dan perlumbaan  basikal Le tour de langkawi wajar diteruskan kerana banyak faedah yang diperoleh melalui penganjurannya.
 
Nyatakan faedah-faedah penganjuran  sukan bertaraf dunia,

 
5. Peribahasa bukit sama didaki, lurah sama dituruni menggambarkan bahawa semangat hidup bermasyarakat sangat penting dalam kehidupan seharian.

Bincangkan manfaat senagat tersebut kepada masyarakat


NEGERI TERENGGANU

 
l. Anda telah menyertai Program lnvotivasi yang telah dianjurkan oleh pihak sekolah. Pelbagai aktiviti diadakan, jelaskan bagaimana program tersebut telah menimbulkan kesedaran dalam diri anda untuk terus berjaya.
 
2. Pengukuhan institusi keluarga merupakan  tunjang utama dalam membina keluarga bahagia
Huraikan peranan ahli keluarga dalam merealisasikan institusi keluarga bahagia
 
3. Dalam usaha menggalakkan  dan mencungkil potensi murid dalan bidang sukan Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan Dasar lMurid lSukan untuk dilaksanakan di semua sekolah.Sehubungan dengan itu  anda ingin menulis rencana untuk diterbitkan dalam majalah sekolah bertajuk Faedah-faedah Pelaksanaan Dasar l Murid l sukan di Sekolah..
Tulis rencana itu selengkapnya.
 
4. Kesepakatan dan perpaduan dalam kalangan pemimpin dan rakyat antarabangsa Mampu mewujudkan keamanan dan kemakmuran masyarakat dunia.
Ulaskan pernyataan di atas
 
5. Komponen Sastera (KOMSAS) dalam mata pelaiaran Bahasa Melayu menerapkan nilai-nilai murni yang dapat dijadikan pedoman dalam kehidupan oleh generasi muda pada hari ini. Berikan pendapat anda.
 
 
SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP)
1. Melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi setelah menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia menjadi idaman setiap remaja.
Jelaskan ciri-ciri pusat pengajian tinggi yang menjadi idaman anda.
 2. Ibu bapa merupakan pendorong utama dalam membudayakan amalan membaca dalam kalangan anak.
Jelaskan usaha-usaha yang dilakukan ibu bapa bagi memastikan amalan membaca menjadi budaya dalam kalangan keluarga mereka.
3. Malaysia merupakan sebuah negara yang berpotensi untuk lebih maju dalam sektor pelancongan. Sehubungan dengan itu, anda ingin menulis rencana untuk disiarkan oleh akhbar tempatan. Tajuk rencana tersebut ialah “Usaha-usaha untuk Memajukan Pelancongan Negara.”
Tulis rencana itu selengkapnya.
4 Kerjasama yang erat antara negara jiran mendatangkan banyak faedah. Jelaskan kebaikan yang diperoleh daripada kerjasama yang erat antara negara yang berjiran.
 5 Anda berhasrat untuk menyertai pertandingan penulisan cerpen yang dianjurkan oleh sekolah anda. Tema cerpen yang anda pilih ialah perpaduan kaum.
Tulis cerpen anda itu selengkapnya.


YAYASAN ISLAM KELANTAN
1.    Sekolah anda berhasrat untuk melahirkan sekolah cemerlang bertaraf antarabangsa. Selaku ketua pelajar anda dikehendaki mencadangkan langkah-langkah yang perlu diambil oleh pihak sekolah untuk meningkatkan kecemerlangan dalam bidang akademik, kokurikulm sahsiah dan persekitaran fizikal
2.    Kebersihan sangat penting dalam kehidupan. Huraikan peranan yang perlu dimainkan oleh ibu bapa untuk mendidik anak-anak agar sentiasa mementingkan kebersihan dalam kehidupan seharian
3.    Suatu ketika dahulu semangat kejiranan menjadi sebahagian daripada budaya hidup dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di Negara kita tetapi kini amalan murni ini semakin terhakis. Bincangkan
4.    Krisis politik yang berlaku di sesebuah Negara bukan sahaja mendatangkan kesan bururk kepada Negara terbabit tetapi juga kepada Negara-negara lain. Jelaskan pernyataan tersebut
 
 

 


 

 

CATATAN HIDUP NO. 6: NAFAS DAN KEHIDUPAN


 

Kita masih hidup hari ini kerana nafas yang masih turun dan naik. Tanpa nafas kita adalah mati. Namun selamanya kita tidak akan menghargai nafas kita yang turun naik ini kerana kita dibutakan oleh permainan duniawi  yang semu. Kita adalah manusia bongkak yang kufur akan nikmat yang dianugerahkanNya. Itulah kita manusia.

Pengalaman banyak mengajar kita tentang kehidupan. Sepanjang saya menjaga adik saya yang dijangkiti penyakit kencing tikus di hospital banyak pengajaran yang saya perolehi. Kita dapat lihat betapa pentingnya nafas dalam meneruskan kehidupan. Apabila diberitakan bahawa adik saya mempunyai peluang 50/50 untuk hidup ianya amat merisaukan saya dan keluarga. Tapi ajal dan maut itu bukan di tangan manusia.  Selama 4 hari adik saya tidak sedarkan diri dan pernafasannya pula bergantung kepada mesin, saya dapat perhatikan bahawa adik saya berjuang untuk meneruskan hidup. Selain adik saya terdapat beberapa lagi pesakit yang berada di dalam wad unit rawatan rapi (ICU). Semua mereka yang berada di dalam ICU ketika itu tidak sedarkan diri. Yang hanya dapat kita perhatikan adalah nafas mereka yang turun dan naik. Selebihnya hanyalah sekujur tubuh yang kaku tanpa reaksi.

Saya berada di hospital selama seminggu. Tidur merempat di sana-sini di kawasan hospital. Bila malam menjelma kadang kala ramai manusia yang tidur di hospital menjalankan tanggungjawab menjaga orang yang penting bagi mereka. Ada kalanya suasana lengang dengan hanya kelihatan pengawal keselamatan menjalankan tugas mereka. Sepanjang di hospital saya bebas turun naik dalam bangunan hospital walaupun bukan waktu melawat kerana pengawal keselamatan sudah kenal saya yang sentiasa membawa bekalan makanan dan keperluan untuk ibu saya yang menjaga adik saya di dalam wad. Itu kita namakan sebagai tolak ansur dan perikemanusiaan kita sebagai manusia. Kalau ikutkan peraturan saya hanya dapat masuk pada waktu melawat sahaja. Jika pengawal keselamatan itu terlalu ikutkan peraturan makanya ibu saya hanya akan bersarapan pagi pada pukul 12 tengah hari.

Selama seminggu juga, katil pesakit di sebelah adik saya sentiasa diganti dengan  pesakit yang baru. Ada yang sembuh dan dibawa pulang, ada juga yang meninggal dunia. Yang tak dapat saya lupakan adalah seorang pesakit yang tiba-tiba diletakkan di sebelah katil adik saya. Usianya masih muda dan dia ditinggalkan berseorangan dengan topeng oksigen. Saya perhatikan dia begitu sukar sekali untuk bernafas, setiap nafas yang dihembus mengeluarkan bunyi  dan pendarahan yang bagi saya menyentuh hati kita manusia yang hidup. Tambahan pula tiada seorangpun saudara mara dan rakan yang melawatnya atau menjaganya. Jururawat menyatakan bahawa dia merupakan warganegara asing mungkin Indonesia yang bekerja di situ. Keadaannya memang menyedihkan. Tidak lama dia berada di situ, mungkin satu hari sahaja. Dia meninggal dunia tanpa sesiapa di sisi, mungkin keluarganya di Negara asalnya pun tak tahu yang dia telah mati.

 Begitulah pentingnya nafas dalam kehidupan kita. Tanpa nafas maknanya kita adalah mati. Sebab itu dalam ilmu tasauf kita diajarkan zikir nafas (Allahu) bertujuan mensyukuri nikmat nafas kita yang sentiasa turun dan naik ini. Setelah merempat di hospital selama seminggu dengan penuh keredhaan hari ini saya meneruskan rutin seharian saya di Miri sebagai seorang guru.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Sunday 2 September 2012

CATATAN HIDUP NO.5: MERDEKA JIWA


Merdeka menurut kamus dewan bermaksud bebas. Kita menyambut hari kemerdekaan Negara pada 31 Ogos sebagai mengingati bebasnya kita daripada penjajahan selama lebih 400 tahun. Tapi adakah Negara kita bebas sepenuhnya? Kita mungkin bebas dalam erti kata fizikalnya tapi kenyataannnya kita tidaklah bebas kerana kita masih lagi mengekalkan undang-undang dan warisan penjajah. Ini merupakan kenyataan dan realiti Negara kita hari ini.

Semua orang ada definsi  tersendiri tentang merdeka dalam diri masing-masing. Definisi yang dipegang inilah yang mencorakkan perjalannya menjalani kehidupan. Masing-masing punya cara tersendiri menterjemahkan erti merdekanya.  Bagi saya yang paling utama adalah kita perlu merdekakan jiwa kita daripada belenggu dan belitan duniawi. Kita sepatutnya bebaskan diri dan jiwa kita daripada permainan dunia hari ini yang semakin lama semakin mengarut.

 Kita di sini adalah pengembara yang singgah sementara sahaja dan bukannya untuk bermastautin di sini selama-lamanya. Hal-hal dunia terutamanya yang melibatkan wang ringgit sememangnya membebankan jika kita menjadi hamba kepada material dunia ini. Bagi saya duit itu penting dan kita berkejaran ke sana-sini untuk mendapatkannya. Bagi saya juga wang bukanlah segala-galanya. Cukup untuk hidup bagi saya sudah memadai. Selama ini pun duit gaji yang saya dapat setiap bulan banyak dihabiskan untuk orang lain di sekeliling terutama keluarga. Itu pun salah satu tanggungjawab kita. Saya tiada apa untuk untuk dirungutkan tentang itu.

Dalam bekerja juga saya sukakan kebebasan. Kita sepatutnya diberikan peluang seluas-luasnya untuk kita menghasilkan hasil kerja yang terbaik. Bila kita dikongkong dalam bekerja bagi saya ianya hanya akan menutup ruang untuk kita bekerja dan berkarya. Bagi saya juga tekanan bekerja adalah penting juga tapi jika ianya berlebihan pun mendatangkan masalah. Sebagai seorang guru bagi saya tidak sepatutnya kita dipandang seperti pelajar oleh ketua kita. Dimaki hamun seperti kita tidak punya maruah dan harga diri kerana penilaian yang subjektif dan dipengaruhi pula manusia-manusia yang merasakan dirinya hebat. Kadang-kadang pun kita tidak mampu menangkis segala macam kerenah yang bagi saya selayaknya untuk merkeka yang tidak punya hati dan perasaan. Seperti lirik lagu Iwan Fals "aku menolak akal yang tanpa hati".

Hari ini saya membebaskan diri dari segala macam kerenah yang tidak ada penghujungnya ini. Yang penting bagi saya adalah terus menjalani hidup dengan seadanya dan selayaknya saya di sini. Memang sukar jika kita cuba hidup secara jujur di zaman ini. Tapi saya hidup berbekalkan pegangan dan prinsip sendiri dan tidak akan bertuhankan makhluk. Jadinya adalah penting di sini untuk kita merdekakan jiwa!!


 

 

RANGSANGAN NO.4: KOLEKSI SOALAN PERCUBAAN SPM 2012

Bahagian A

Terengganu:  Cara-Cara Menyayangi Sekolah

1.    Tidak Merosakkan Harta Benda Sekolah

2.    Mematuhi Peraturan-Peraturan Sekolah

3.    Menaikkan Nama Sekolah

 

Kelantan :  Kepentingan Perpaduan Kaum

1.    Mewujudkan Masyarakat Harmoni

2.    Menarik Kedatangan Pelancong Asing

3.    Menjana Ekonomi Negara

4.    Meningkatkan Imej Nagara

 

Sekolah Berasrama Penuh(SBP):   Ciri-Ciri Remaja Berwawasan

1.    Semangat Patriotik

2.    Mempunyai Pelbagai Kemahiran

3.    Berilmu Dan Berkongsi Ilmu

 

Yayasan Islam Kelantan (YIK) :  Faedah Melawat Tempat Bersejarah

1.    Meluaskan Pengetahuan Dan Pengalaman Tentang Sejarah Tempatan

2.    Menimbulkan Semangat Cintakan Negara

3.    Menghargai Jasa Dan Pengorbanan Tokoh Pejuang Tanah Air

4.    Kesedaran Tentang Kezaliman Penjajah Menindas Penduduk Tempatan