Saturday 11 August 2012

KOMSAS NO. 4: PERBANDINGAN NOVEL


PERBANDINGAN NOVEL (PERSOALAN KASIH SAYANG)


Soalan:

Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, bandingkan persoalan kasih sayang daripada setiap novel. [8 markah]


Contoh Jawapan


Novel yang saya kaji ialah novel Melunas Rindu karya Hartini Hamzah dan  novel Kabus Di Perbukitan karya Mohd Kholid Hamzah. Kedua-duah buah novel ini memaparkan persoalan kasih sayang.

Persoalan yang pertama ialah persoalan kasih sayang terhadap ibu. Dalam novel Melunas Rindu, persoalan ini jelas ada pada watak Fuad yang amat merindui ibunya yang telah lama terpisah. Dia sanggup mencari kubur arwah ibunya. Setelah dia mengetahui bahawa ibunya masih hidup, dia meneruskan pencarian dan segera menjejakinya. Manakala dalam novel Kabus Di Perbukitan pula, persoalan ini digambarkan pada watak Faridah yang sangat sayang akan ibunya, buktinya dia sanggup menjaga ibunya dan tidak berpindah apabila suaminya, Ghazali bertugas di Kelang.

Persoalan kedua ialah persoalan kasih sayang terhadap saudara kandung. Dalam novel Melunas Rindu, Fuad sangat menyayangi Sofia dan Farhana kerana kedua-dua mereka adalah saudara kandungnya yang berlainan bapa. Sementara dalam novel Kabus Di Perbukitan, Faridah juga sangat sayang kepada Rahayu, adik kembarnya yang terpisah. Kekuatan kasih sayang itu menyebabkan Faridah seolah-olah dapat berhubung secara bawah sedar dengan Rahayu ketika Faridah berada dalam keadaan koma.

SUMBER
http://zaizak69.blogspot.com/2011/09/perbandingan-novel-melunas-rindu-dan.html