Sinopsis
Novel ini memaparkan kisah pasangan
suami isteri, Kamarudin seorang tentera dan Salmah,yang mempunyai sepasang anak
kembar Faridah dan Rahayu. Apabila Kamarudin ditugaskan sebagai Pegawai Pemerintah
di Pengkalan Hulu di Perak, dia telah berkahwin dengan Hamidah. Kamarudin
diarahkan bertugas sebagai Atase Keselamatan di Pejabat Kedutaan Malaysia di
Pontianak, Indonesia. Di sinilah bermulanya perpisahan pasangan kembar
tersebut. Kamarudin telah membawa Rahayu tinggal bersama-samanya, manakala
Faridah dijaga oleh Salmah.
Setelah dewasa, Rahayu berkawan dengan Azrul yang sama-sama belajar di
Fakulti Ekologi Manusia, UPM. Faridah menjadi Sukarelawan PDK Suria. Rahayu
telah dikejarkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia kerana pengsan di
perpustakaan. Rahayu disahkan menghidap kanser. Faridah pula membawa
kanak-kanak istimewa ke Bukit Fraser. Sebelum pulang Faridah pergi ke Raub
untuk mengisi minyak van dan membeli beberapa keperluan untuk perjalanan pulang
pada pukul 2 petang nanti. Akibat terkejut dengan kehadiran Iqbal di dalam van,
Faridah gagal mengawal pergerakan van, dan melanggar tembok pengadang jalan
lalu menjunam ke dalam gaung. Faridah dan Iqbal tidak dapat dikesan oleh
pasukan penyelamat. Setelah dua minggu usaha menyelamat gagal, operasi
menyelamat dihentikan. Namun, bapanya, Kamarudin dan rakannya, Buyung berusaha
meredah hutan mencari Faridah dan Iqbal. Mereka dijumpai di perkampungan orang
Asli di Sungai Dua. Faridah dimasukkan ke hospital yang sama dengan Rahayu
dalam keadaan koma. Rahayu melawat Faridah dan dia menghembuskan nafasnya yang
terakhir di sisi Faridah. Selepas kematian Rahayu dan tamat pengajian di
universiti, Azrul berhasrat menjadi penternak kambing yang berjaya, sebagaimana
yang dicita-citakan oleh Rahayu semasa mereka sama-sama belajar.
Setelah sihat, Faridah berkahwin dengan Pegawai Kebajikan Masyarakat
bernama Ghazali. Tidak lama kemudian Salmah, ibu kepada Faridah dan Rahayu
meninggal dunia kerana terlalu rindu akan Rahayu. Selepas itu, Ghazali pula
meninggal dunia akibat kemalangan. Kemudian Faridah ditawarkan mengikuti kursus
Community Services for Disable People di New Zealand selama enam bulan. Di
situlah dia berkahwin dengan Soleh Johnsons dan dia terus menetap di sana.
Mereka mendapat sepasang anak kembar, iaitu Melina dan Anne.
Melina berkenalan dengan Jabbar al –
Anbia atau dikenali sebagai Benny. Secara tidak sengaja, Anne pula bertemu
dengan Zain yang membantunya semasa keretanya rosak. Akhirnya Melina berkahwin
dengan Benny di Masjid al-Noor, Christchurch. Mereka berpindah ke Malaysia
kerana Benny ditugaskan menerajui operasi minyak di situ. Mereka menetap di
Terengganu. Di Malaysia, Benny berkawan baik dengan Mohamed Attar dan Mehmood
yang cenderung mencapai sesuatu matlamat berhubung dengan Islam secara
kekerasan. Muhamed Attar telah ditangkap oleh pihak berkuasa Interpol kerana
disyaki terlibat dengan aktiviti pengganas. Benny yang bimbang akan keselamatan
dirinya telah melarikan diri ke Dubai dengan bantuan keluarganya.
Faridah dan Soleh pulang ke Malaysia
untuk berbincang tentang perkahwinan Anne dan Zain. Mereka menginap di Cameron
Highlands. Di situlah Faridah mengetahui bahawa Zain ialah anak lelaki bekas
teman lelaki adiknya, arwah Rahayu. Majlis perkahwinan mereka berlangsung
dengan meriah.
Akhirnya, Melina yang sedang sarat
mengandung ke Dubai bersama-sama dengan ayahnya, Soleh untuk berjumpa dengan
Benny. Melina dan Benny menetap di Dubai. Anne dan Zain pula mengambil alih
syarikat penternakan keluarga Johnson di New Zealand. Datuk Azrul dan Soleh
Johnsons membuka perniagaan kotej di Cameron Highlands.
Tema
Novel ini
bertemakan jati diri orang Melayu. Tema ini diserlahkan melalui watak utama
Faridah yang merantau ke New Zealand selama 25 tahun. Walaupun begitu lama
tinggal di negara orang, akhirnya dia dan keluarganya kembali membina kehidupan
yang lebih bermakna di Malaysia.
Persoalan
1. Persoalan ikatan kekeluargaan yang erat.
Persoalan ini digambarkan melalui Faridah dan Rahayu yang merupakan pasangan
kembar tetapi dibesarkan secara berasingan oleh ibu bapa mereka. Hal ini
demikian kerana Rahayu dijaga oleh ayah dan ibu tirinya, manakala Faridah
dibela oleh ibunya sendiri. Namun demikian Rahayu sentiasa merindui kakaknya,
Faridah.
2. Persoalan
perpisahan ibu bapa menyebabkan anak-anak menjadi mangsa.
Perkara ini dipaparkan melalui tindakan Kamarudin meninggalkan Salmah tetapi
membawa bersama-samanya Rahayu ke Indonesia menyebabkan pasangan kembar
tersebut terpisah dan merindui satu sama lain.
3. Persoalan
kecintaan terhadap alam sekitar.
Persoalan ini digambarkan melalui watak
Azrul yang aktif dalam program-program pemeliharaan alam sekitar.
4. Persoalan
kasih sayang.
Persoalan ini digambarkan antara ibu dengan anaknya, iaitu kasih sayang Salmah
terhadap anaknya Rahayu yang telah meninggal dunia. Akibat terlalu rindu, ibu
ini menderita sehingga menemui ajalnya. Persoalan kasih sayang antara isteri
dan suami pula tergambar melalui tindakan Melina yang berusaha dengan pelbagai
cara mencari suaminya, Benny yang tidak pulang ke rumah.
5. Persoalan
sikap berdikari golongan siswazah.
Golongan ini tidak seharusnya menunggu
tawaran kerja yang diberikan oleh pihak kerajaan atau swasta. Sebagai contoh,
Azrul bertekad untuk menjadi penternak kambing dan hasratnya itu dipersetujui
oleh bapanya.
6. Persoalan kahwin campur.
Fenomena kahwin
campur dalam kalangan masyarakat telah menjadi perkara biasa pada zaman ini.
Hal ini dibuktikan melalui perkahwinan watak utama Faridah dengan Samuel Kirkby
Johnsons atau nama Islamnya Soleh Johnsons. Faridah ialah orang Melayu Malaysia
yang bekerja di New Zealand, manakala Soleh pula orang Inggeris rakyat New
Zealand.
7. Persoalan
peranan bomoh dalam masyarakat Melayu.
Hal ini dipaparkan ketika operasi pencarian kehilangan Faridah dan Iqbal
menemui jalan buntu dan terpaksa dihentikan. Beberapa pihak termasuk pihak
polis yang terlibat dalam operasi tersebut mencadangkan penggunaan bomoh untuk
mengesan Faridah dan Iqbal.
8. Persoalan
semangat kerjasama yang masih utuh dalam masyarakat.
Operasi mencari Faridah dan Iqbal yang dinamakan OPS PDK melibatkan banyak
pihak seperti Bomba dan Penyelamat, Hospital Daerah, RELA, Perhilitan dan
Pejabat Daerah Raub serta Hulu Selangor.
9. Persoalan
pejuangan secara kekerasan.
Novel ini memaparkan adanya beberapa pihak yang mahu mencapai sesuatu matlamat
dengan kekerasan. Hal ini digambarkan melalui Muhammad Attar yang cuba mencari
pengaruh daripada kalangan rakan-rakannya termasuklah Benny, suami Melina dalam
matlamatnya untuk menegakkan perjuangan Islamnya.
10. Persoalan
prejudis masyarakat Barat terhadap Islam (Islamofobia).
Tangkapan Mohamed Attar oleh Interpol
ada kaitan dengan isu keganasan yang dilakukan oleh umat Islam.
Plot
Plot ialah
sesuatu yang menghubungkan antara peristiwa dalam sebuah cerita yang rapat
pertaliannya dengan gerak laku lahiriah dan batiniah watak. Setiap peristiwa
dan gerak laku itu dari awal hingga akhir adalah berdasarkan kepada hukum sebab
dan akibat. Plot novel Kabus di Perbukitan bersifat kronologi. Plot kronologi
ialah plot yang disusun mengikut urutan, iaitu waktu atau peristiwa yang
berlaku dahulu akan didahulukan manakala yang berlaku kemudian akan
dikemudiankan. Tindakan Mejar (B) Kamarudin berkahwin lain dan memisahkan
anaknya, Rahayu daripada pasangan kembarnya telah menimbulkan pelbagai konflik,
kepada Rahayu, Faridah, dan isterinya atau ibu mereka. Walaupun plot novel ini
banyak disisipkan dengan unsur imbas kembali, namun pembaca masih mudah untuk
memahami dan menelusuri peristiwa-peristiwa penting dalam novel.
Binaan Plot
Terdapat empat
peringkat binaan plot, iaitu:
(i) Permulaan
Pengarang memperkenalkan watak Rahayu menunaikan solat subuh dan Rahayu merasa
kelainan atau sakit pada lehernya. Pada bahagian ini diperkenalkan juga Rahayu
dan Azrul sebagai penuntut Fakulti Ekologi Manusia, UPM.
(ii) Perkembangan
Pada bahagian
ini Rahayu dan Azrul sedang mengulang kaji pelajaran di perpustakaan.
Semasa di perpustakaan, tiba-tiba Rahayu
pengsan dan dia dikejarkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia. Pada
masa yang sama, Faridah kembarnya juga telah ditimpa kemalangan bersama-sama
dengan kanak-kanak istimewa, Iqbal dalam perjalanannya ke pekan Raub. Faridah
hilang dari tempat kemalangan. Selepas dua minggu, Faridah ditemui di
Perkampungan Orang Asli di Pahang yang diketuai oleh Tok Batin Senik dalam
keadaan koma. Akhirnya Rahayu meninggal
dunia di sisi Faridah di hospital yang sama mereka ditempatkan. Azrul berjaya menamatkan pengajiannya dan
berhasrat menjadi penternak kambing. Faridah berkahwin dengan Ghazali. Ibunya
meninggal dunia dan diikuti dengan kematian Ghazali dalam kemalangan jalan
raya. Faridah bersetuju ke New Zealand untuk mengikuti suatu kursus. Faridah
menetap di New Zealand dan berkahwin dengan seorang pemuda New Zealand yang
bernama Samuel Kirkby Johnsons atau Soleh Johnsons.Mereka dikurniakan sepasang
anak kembar, Anne dan Melina Zain
berkenalan dengan Anne semasa Anne menghadapi masalah keretanya yang rosak.
Melina berkahwin dengan Jabbar al – Anbia atau dikenali sebagai „Benny‟ dan berpindah
ke Malaysia serta menetap di Terengganu. Benny sibuk dengan urusan peniagaannya
bersama-sama dua orang kawannya, Muhammad Attar dan Mehmod. Melina yang sedang
mengandung rasa sunyi. Anne
memperkenalkan Zain kepada ibunya, Faridah. Muhamed Attar, Mehmod, dan Benny
cuba mempengaruhi Ustaz Hassan Syukri agar menyertai perjuangan mereka.
(iii)Konflik
Mejar (B) Kamarudin curang kepada isterinya Salmah dan berkahwin dengan
Hamidah.
Faridah dan Rahayu dipisahkan apabila Kamarudin dan isteri keduanya berpindah
ke Pontianak, Indonesia. Faridah putus tunang dengan Azman. Rahayu pengsan di
perpustakaan dan disahkan menghidap barah paru-paru. Faridah dan Iqbal terlibat
dalam kemalangan dan mereka hilang selama dua minggu. Melina berkonflik dengan
dirinya kerana sering ditinggalkan oleh Benny yang sibuk dengan urusannya.
Benny, Muhammad Attar tidak sependapat dengan Ustaz Hassan Syukri dalam cara
perjuangan mereka dalam menegakkan agama Islam. Muhamed Attar ditangkap oleh
Interpol, Benny pula melarikan diri ke Dubai.
(iv)Klimaks
Faridah, Soleh, dan Anne pulang bercuti di Malaysia untuk melawat Melina, dan
membincangkan perkahwinan Zain dan Anne. Muhammad Attar ditangkap oleh pihak
Interpol dan Melina membuat laporan ke balai polis keraa suaminya tidak pulang
ke rumah. Perkahwinan Anne dengan Zain berlangsung dengan meriah. Soleh dan
Melina ke Dubai berjumpa Benny dan Melina bersetuju menetap di Dubai.
(v)Peleraian
Anne
dan Zain menetap di New Zealand untuk menerajui syarikat penternakan keluarga
Johnsons. Azrul dan Soleh menjalankan perniagaan kotej di Cameron Highlands.
Faridah dan Soleh mengambil keputusan menetap di Malaysia.
Teknik Plot / Teknik Penceritaan
1.Pemerian
Contoh:Gambaran Azrul dan Rahayu yang sedang menikmati sarapan pagi sambil
memerhatikan gel gat siswa dan siswi UPM yang lalu lalang di hadapan mereka.
2.Dialog
Contoh: Dialog yang pendek-pendek dan pantas antara Azrul dan Rohaya. Mereka
bersoal jawab tentang tugasan yang diberi oleh pensyarah dan program Kempen
Save Our River.
3.Imbas kembali
Contoh:
…”Cukup. Malam tadi dah keluar dengan
kawan-kawan ke Kajang. Tentang peranan dan sejarah Rumah Rehat Sri Berkat suatu
masa dahulu. Semasa zaman kolonial, rumah tersebut digunakan untuk berehat oleh
pengurus-pengurus ladang.
4. Imbas Muka
Contoh: ada kemungkinan mereka meredah hutan dan sesat?” tanya Chief Inspektor
Aznil.
…Buyong membuat andaian bahawa Mejar (B)
Kamarudin pasti akan terpesona dengan kawasan Bukit Kutu.
5.Suspens
Contoh: Pihak-pihak yang terlibat dalam operasi pencarian Faridah dan Iqbal
tertanya-tanya ke manakah hilangnya jasad kedua-dua mangsa. kehilangan Benny
menimbulkan tanda tanya. Melina membuat laporan polis.Azrul menyatakan bahawa
dia sudah memiliki gadis pilihannya.
6. Monolog
Dalaman
Contoh:“Tidak mungkin boleh bertahan hingga pagi,” desis hati kecil Buyung.
7.Kejutan
Contoh:Salmah terkejut menerima berita kehilangan Faridah.
Watak dan Perwatakan
Faridah
Faridah merupakan watak utama dan dia mempunyai saudara kembar bernama Rahayu.
Ayahnya berkahwin kali kedua dengan seorang wanita bernama Hamidah. Dia
terpisah daripada adik kembarnya semasa berusia tujuh tahun akibat ayahnya
berpindah ke Pontianak, Indonesia.
Faridah seorang yang tabah menghadapi
dugaan hidup. Contohnya, dia tabah menghadapi kematian adik kembar
kesayangannya, Rahayu akibat barah paru-paru. Selepas itu dia juga kehilangan
ibu kesayangannya dan suaminya yang tercinta, Ghazali.
Faridah seorang yang sangat prihatin
akan kanak-kanak istimewa. Contohnya, dia menganggap menjalankan khidmat kepada
kanak-kanak istimewa dianggap sebagai satu ibadah.
Faridah seorang yang beriman. Dia
bersolat Tahajud selepas mengalami mimpi Ayu dan ibunya. Dia yakin akan berasa
tenang selepas menunaikan solat sunat Tahajud.
Faridah juga mementingkan ilmu
pengetahuan. Contohnya, dia sanggup menggadaikan tanahnya untuk perbelanjaannya
semasa berkursus di New Zealand.
Faridah seorang yang penyayang. Dia sentiasa berusaha
memenuhi permintaan anak-anaknya, terutama yang melibatkan penyediaan makanan
untuk anak-anaknya, Anne dan Melina.
Dia juga seorang yang mempunyai jati
diri yang tinggi. Walaupun hidupnya senang dan sudah 25 tahun di New Zealand,
Faridah sanggup pulang semula ke Malaysia kerana terlalu rindu akan kampung
halamannya. Dia juga berjanji akan mengekalkan kerakyatannya sebagai rakyat
Malaysia sampai bila-bila.
Rahayu Rahayu
ialah watak sampingan yang penting dan merupakan adik kembar kepada Faridah.
Dia mengidap penyakit lelah dan dalam
kalangan adik-beradiknya, dia dianggap lembik.
Rahayu dikesan mengidap barah
paru-paru, selapas pengsan di perpustakaan.
Seorang yang suka membaca. Dia dilihat
sering menghabiskan masa di kedai buku dan digelar sebagai ulat buku oleh
Azrul.
Rahayu juga seorang yang rajin.
Contohnya dia rajin memasak dan membantu ibunya di dapur sekiranya tiada
kuliah.
Rahayu seorang yang penyayang.
Contohnya, disebabkan dia tinggal bersama ayah dan ibu tiri, hatinya amat rindu
untuk bertemu dengan ibu kandungnya Salmah.
Azrul
Seorang graduan UPM dan bekas teman
lelaki Rahayu.
Dia seorang mahasiswa yang mencintai
alam sekitar. Azrul dan rakan-rakannya telah menaja penubuhan Penubuhan
Persatuan Pencinta Alam dan Hutan yang kerap memberi
Azrul seorang yang penyayang. Semasa
Rahayu masih hidup.
Azrul amat menyayanginya dan sentiasa
berada di sisi Rahayu ketika Rahayu sakit.
Azrul juga seorang yang berdikari.
Setelah tamat pengajian di universiti, dia tidak berharap untuk makan gaji,
sebaliknya dia mahu menjadi penternak kambing.
Seorang yang gigih berusaha. Dia
berjaya menjadi usahawan yang berjaya dalam bidang penternakan hasil usaha
gigihnya itu.
Seorang yang
suka menolong orang. Contohnya, Azrul telah menolong Anne ketika kereta Anne
rosak.
Azrul juga seorang yang menghormati
orang tua. Dia telah menunjukkan rasa hormat yang tinggi terhadap Pn. Faridah
dan Encik Soleh ketika bertandang ke rumah mereka.
Akhirnya dipaparkan Azrul memperoleh
gelaran Datuk.
Kamarudin
Bapa kepada Rahayu dan Faridah.
Kamarudin digambarkan sebagai lelaki
yang kacak. Pada usia 21 tahun, dia telah berkahwin lain.
Semasa ditugaskan ke Pontianak,
Indonesia, dia sanggup memisahkan dan membawa salah seorang anak kembarnya
Rahayu daripada ibunya.
Dia berpangkat Mejar ketika bersara
daripada angkatan tentera.
Seorang yang berjimat cermat kerana dia
menyimpan sejumlah wang untuk masa hadapan anak-anaknya.
Semasa mudanya, dia suka berfoya-foya.
Seorang bapa yang tidak
bertanggungjawab. Contohnya dia tidak memberikan nafkah lahir dan batin kepada
Salmah, isterinya.
Kamarudin pandai menyimpan rahsia.
Kewujudan Faridah dirahsiakan daripada isteri keduanya, Hamidah.
Seorang yanag percaya kepada bomoh. Dia
sering membawa Rahayu berjumpa dengan bomoh supaya Rahayu serasi dengan
keluarga barunya dan tidak rindu kepada pasangan kembar dan ibunya.
Akhirnya kehilangan Faridah telah
menginsafkan Kamarudin tentang kesilapannya. Kamarudin menunjukkan rasa
tanggungjawabnya dengan berusaha mencari Faridah.
Salmah
Ibu kepada pasangan kembar Faridah dan
Rahayu.
Isteri pertama kepada Kamarudin.
Usianya menjangkau 50 tahun.
Seorang yang rajin berdoa. Apabila
ditimpa musibah kehilangan Faridah, dia memohon ke hadarat Ilahi agar menjauhi
anak kesayangannya itu daripada sebarang bahaya.
Setelah ditinggalkan oleh suaminya, dia
menyara kehidupannya dengan bekerja di sawah.
Dia sering berduka dan sakit selepas
pemergian Rahayu.
Seorang ibu yang penyayang. Walaupun
dia tidak dapat memelihara Rahayu, dia masih tetap menyayangi Rahayu.
Benny
Berasal dari Dubai.
Nama sebenarnya Jabbar al – Anbia,
tetapi dia lebih gemar dipanggil Benny.
Seorang yang sangat gemar berlayar.
Contohnya dia pernah belayar dari Doha hingga ke Sydney.
Seorang Muslim
yang tidak mengamalkan ajaran Islam sepenuhnya. Contohnya, dia minum arak di
luar pengetahuan ibu bapanya.
Dia menunjukkan rasa tidak
bertanggungjawab. Dia meninggalkan Melina yang sarat mengandung tanpa khabar
berita kerana takut ditangkap oleh polis Interpol.
Dia berjumpa terus dengan Soleh
Johnsons dan Faridah untuk melamar Melina.
Latar
Latar Masa
6.00 pagi – Rahayu terjaga dari tidur oleh deringan telefon
bimbitnya. Dia teringat akan
tugasan MP 3714 yang perlu dihantar pagi itu.
8.00 pagi – Rahayu tiba di perpustakaan untuk mengulang kaji
pelajaran bersama Azrul.
Waktu pagi– Rahayu terjatuh dan pengsan di perpustakaan dan pada
masa yang sama, Faridah terlibat dalam kemalangan.
Satu jam selepas Kamarudin meninggalkan
rumah untuk mencari Faridah, Hamidah menerima panggilan yang memaklumkan Rahayu
pengsan dan telah dihantar ke hospital UKM.
Hamidah dimaklumkan oleh Dr Susan ,
kemungkinan Rahayu menghidap barah paru-paru.
Waktu malam - Pak Imam Sohod mengetuai kanak-kanak kariah membaca
Yasin, memohon
kepada Allah supaya diberi petunjuk terhadap kehilangan Faridah di tempat
kemalangan.
Latar
Tahun 1980 - Sepasang pelancong British hilang di Jalan Gap ketika
berbasikal di Kuala
Kubu Baharu ke Bukit Fraser.
Tahun 1989 - PKM meletakkan senjata di Hatyai.
Semasa bersarapan – Kamarudin menerangkan isterinya, Hamidah bahawa kembar
Rahayu,
iaitu Faridah menemui kemalangan dan hilang di Bukit Fraser.
3.30 petang - Pihak polis menamatkan OPS PDK setelah usaha mencari
Faridah dan Iqbal
selama dua minggu menemui kegagalan.
25 tahun - Faridah telah meninggalkan kampung halamannya selama
25 tahun dan
menetap di New Zealand selepas kematian ibu dan suaminya, Ghazali.
Dua minggu - Dalam masa dua minggu Benny dan Melina berkenalan,
Benny sudah
melamar Melina.
Waktu petang - Sebelum majlis perkahwinan Benny dan Melina, Zain
berkenalan dengan
Anne.
Dua petang - Benny dan Melina tiba di KLIA untuk bekerja di
Malaysia.
Latar Tempat
Kafetaria di UPM - Rahayu dan Azrul sedang bersarapan
Perpustakaan di UPM - Rahayu dan Azrul belajar dan mencari maklumat di
perpustakaan. Rahayu pengsan.
Rumah Rehat Sri Berkat di Bukit Fraser
- Faridah dan Mastura membawa murid
Sindrom Down seramai 10 orang ke Bukit Fraser.
Jalan ke Pekan Raub - Faridah yang terkejut dengan kehadiran Iqbal di dalam
keretanya telah terlibat dalam kemalangan.
Smoke House - Rumah Tuan Cecil Renking yang wujud dalam halusinasi Faridah yang koma
selepas terlibat dengan kemalangan jalan
raya.
Bukit Kutu - Mejar (B) Kamarudin dan Buyung mencari Faridah dan Iqbal di dalam hutan
sekitar Bukit Kutu.
Perkampungan orang Asli
- Tempat Mejar (B) Kamarudin dan Buyong menemui Faridah dan Iqbal dijumpai
selepas dua minggu hilang.
Parit Satu, Sungai Besar
- Faridah bertembung dengan Azrul semasa dia menziarahi kubur Rahayu di Parit
Satu.
Parit Dua, Sungai Besar
- Kampung Azrul – dia menjalankan projek penternakan kambing.
Rosewood, New Zealand
- Rumah Faridah di New Zealand.
Cristchurch di New Zealand
- Sebuah bandar di New Zealand.
Marang, Terengganu - Tempat tinggal Benny dan Melina.
Cameron Highlands - Tempat penginapan Faridah dan keluarganya ketika
mereka pulang ke Malaysia untuk melawat Melina dan membincangkan perkahwinan
Anne dan Zain.
Latar Masyarakat
Masyarakat pelajar universiti. Contohnya, Azrul dan
Rahayu merupakan penuntut Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra
Malaysia.
Masyakat yang cinta akan alam sekitar. Contohnya, Azrul
dan teman-temannya banyak mengadakan program pendedahan tentang alam sekitar
kepada pelajar-pelajar.
Masyarakat yang mengambil berat terhadap kanak-kanak
istimewa. Contohnya Faridah, dan
Mastura yang bertugas di PDK Suria menganggap berkhidmat
kepada kanak-kanak istimewa ialah satu ibadah.
Masyarakat yang beriman kepada Tuhan. Contohnya Faridah
dan Salmah dipaparkan sentiasa berdoa apabila menghadapi tekanan atau masalah
hidup.
Masyarakat yang suka bersedekah. Hal ini digambarkan
melalui watak Soleh Johnsons yang suka bersedekah.
Masyarakat tentera. Contohnya, Mejar (B) Kamarudin bin
Ahmad merupakan bekas pegawai tentera dari 4 RAMD.
Masyarakat orang Asli. Tok Batin Senik merupakan Tok
Batin bagi masyarakat orang asli yang menyelamatkan Faridah dan Iqbal di Bukit
Fraser.Masyarakat yang rindu akan anaknya. Salmah sangat menderita kerana
terlalu rindu akan anaknya Rahayu yang telah meninggal dunia. Akhirnya dia
meninggal dunia.
Masyarakat
yang tabah menghadapi cabaran. Faridah yang kehilangan adik kembar, ibu, dan
suaminya, tabah menghadapi dugaan dan memulakan hidup baharu di New
Zealand.
Masyarakat yang berdikari. Azrul tidak mengharapkan kerja
makan gaji, sebaliknya mengusahakan penternakan kambing dan tapak semaian untuk
menampung kehidupannya.
Masyarakat yang cenderung menggunakan kekerasan dalam
memperjuangkan Islam. Hal ini digambarkan melalui watak Muhamed Attar, dan
Benny.
Masyarakat yang mempercayai kemampuan bomoh untuk
menyelesaikan masalah. Sarjan Yusof mencadangkan misteri kehilangan Faridah dan
Iqbal diselesaikan oleh Bomoh setelah pihak polis gagal menemui mereka.
Masyarakat yang mempercayai kewujudan makhluk halus.
Buyong menegaskan bahawa makhluk halus memang wujud dalam masyarakat kita.
Gaya Bahasa
1. Penggunaan Bahasa Inggeris
Contoh: wind breaker, sindrom down, terrace garden, Smoke House
2. Peribahasa
Contoh: Peribahasa Melayu– Masa itu emas
Peribahasa Arab - Masa umpama sebilah
pedang tajam, boleh memenggal kepala jika kita lambat bertindak.
Perahu sudah di air, pendayung di tangan
3. Personifikasi
Contoh : cahaya di sebalik kabus yang sentiasa memberi harapan
cuaca yang begitu dingin menggigit
Senja merangkak tua…
4. Hiperbola
Contoh:dosa-dosaku sudah melaut banyaknya…
tetapi kasihnya menggunung bagai anak
kandung
5. Simpulan bahasa
Contoh: buah mulut
6. Simile
Contoh : … bersambung seperti gajah menyusu dengan rumah agam
… tetapi kasihnya menggunung bagai anak
kandung
7. Metafora
Contoh: peti kenangan, Lipatan ingatan
8. Sinkope (singkatan perkataan)
Contoh:…”Cukup ke? Tak lapar nanati?”
Nilai
1. Nilai kasih
sayang.
Rahayu amat merindui kakaknya Faridah yang terpisah sejak mereka berusia tujuh
tahun kerana kasih sayangnya yang mendalam terhadap kakak kembarnya itu.
2. Nilai
ketabahan.
Faridah tabah menghadapi dugaan yang bertimpa-timpa akibat kematian orang-orang
yang disayanginya iaitu adiknya, Rahayu, ibunya, Salmah dan suaminya, Ghazali.
3. Nilai
kegigihan.
Azrul gigih berusaha memajukan projek ternakan kambing dan tapak semaiannya
hingga berjaya.
4. Nilai
bertanggungjawab
Setelah ditinggalkan suami, Salmah bekerja di sawah untuk menampung
kehidupannya sebagai memenuhi tanggungjawabnya menjaga dua orang anak
lelakinya.
Nilai
5. Nilai cinta
akan tanah air
Sungguhpun sudah 25 tahun menetap di New Zealand, Faridah tetap memegang
kerakyatan Malaysia kerana dia amat cinta akan tanah airnya.
6. Nilai taat
akan ajaran agama
Semasa di Cameron Highlands, setiap hari Soleh menunaikan sembahyang di masjid
secara berjemaah.
7. Nilai
mengamalkan budaya bangsa
Datuk Azrul mengenakan baju Melayu Johor dan bersongkok hitam semasa
mengunjungi keluarga Faridah di Cameron Highlands.
8. Nilai berdikari
Golongan siswazah tidak seharusnya menunggu tawaran kerja yang diberikan oleh
pihak kerajaan atau swasta. Sebagai contoh, Azrul bertekad untuk menjadi
penternak kambing dan hasratnya itu dipersetujui oleh bapanya.
9. Nilai cinta
akan alam sekitar.
Soleh mahu penebangan hutan untuk membina chalet peranginannya dilakukan dengan
lebih terkawal serta dihiasi dengan kebun teh, padang ragut untuk kuda liar,
dusun buah-buahan sitrus dan taman-taman bunga.
Pengajaran
1. Kita
perlulah mempunyai jati diri yang teguh.
Contohnya, walaupun Faridah sudah 25 tahun tinggal di New Zealand, dia tetap
mengingati dan menghargai tanah airnya, Malaysia.
2. Setiap orang
perlu gigih berusaha untuk mencapai kemajuan.
Contohnya, Salmah dan Azrul gigih memajukan projek ternakan kambing dan tapak
semaiannya hingga berjaya.
3. Setiap ibu
bapa perlu bertanggungjawab menjaga anak-anak mereka.
Contohnya, Salmah sanggup bekerja di sawah bagi menampung kehidupan
bersama-sama anak kembarnya, Faridah dan Rahayu setelah Kamarudin meninggalkan
mereka.
4. Sebagai
penganut agama yang taat, kita hendaklah mematuhi ajaran dan tuntutan agama.
Contohnya, Soleh menunaikan sembahyang di masjid pada setiap hari dan selalu
menderma kepada badan kebajikan.
5. Kita perlu
mengamalkan budaya bangsa kita.
Contohnya, Faridah mengenakan baju kurung dan berselendang semenjak balik ke
tanah air.
6. Sebagai
seorang siswazah, janganlah terlalu mengharapkan tawaran kerja makan gaji
sahaja.
Contoh, Azrul bertekad untuk menjadi penternak kambing dan hasratnya itu
dipersetujui oleh bapanya.
SUMBER : PANITIA BM SMK MERBAU