BAHAGIAN
A (30 MARKAH)
BANGUNAN
BERSEJARAH: KEPENTINGAN PELESTARIAN/PEMULIHARAAN
Gambar di bawah menunjukkan kepentingan memulihara bangunan
bersejarah. Huraikan pendapat anda tentang kepentingan pemuliharaan bangunan bersejarah. Panjang huraian
anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.
[Ayat Rangsangan]
Tidak dapat dinafikan, warisan negara yang telah diabaikan dewasa ini ialah
bangunan bersejarah yang banyak terdapat di seantero negara. [Ayat Hurain] Jika ditinjau secara
umum, kebanyakan bangunan bersejarah yang dipulihara akan disuaigunakan semula
sebagai muzium, pejabat, tempat kediaman, premis perniagaan, dan kegunaan awam.
[Ayat Huraian]Sejak UNESCO
mengiktirafkan bandar Melaka dan Geogetown sebagai bandar warisan bersejarah,
baru timbullah kesedaran tentang kepentingan bangunan-bangunan bersejarah.[Ayat Arahan] Persoalannya, apakah
kepentingan pemuliharaan bangunan-bangunan bersejarah dalam konteks Malaysia?
[Ayat Judul]Bangunan-bangunan
bersejarah memang mempunyai nilai
sejarah yang tidak ternilai. [Ayat
Huraian]Melalui darmawisata ke tempat-tempat bersejarah, generasi muda
dapat menghayati fakta-fakta sejarah yang dipelajari dalam buku teks Sejarah. [Ayat Contoh]Misalnya, pembinaan kota A
Famosa (bermaksud “Yang Termasyhur” dalam bahasa Portugis) atas arahan Alfonso
de Albuquerque boleh dikatakan menjadi lambang penentangan penduduk Melaka
terhadap penjajah. [Ayat Penyimpul]
Dengan erti kata lain, fakta-fakta sejarah ini dapat memupuk nilai patriotisme
dalam kalangan generasi muda kita.
[Ayat Judul]Selain nilai
sejarah, bangunan-bangunan bersejarah memaparkan
seni bina awal yang begitu unik. [Ayat Huraian]Selain rumah kediaman,
seni bina Melayu turut dizahirkan ke atas binaan-binaan lain seperti masjid,
istana raja-raja, rumah wakaf, dan seni bina makam atau pusara. [Ayat Contoh]Ciri-ciri seni bina
tradisional Melayu dapat dilihat pada bangunan-bangunan lama yang masih kekal
ibarat tak lapuk dek hujan, tak lekang
dek panas seperti Istana Kenangan di Perak, Istana Balai Besar di
Kelantan, Masjid Tengkera di Melaka, dan sebagainya.[Ayat Penyimpul] Pendek kata, seni bina Melayu yang indah ini
bukan sahaja unik malahan memberikan nilai estetika yang begitu tinggi dan
seharusnya dipelihara untuk pengekalan atau pelestarian identiti bangsa.
[Ayat Judul]Tidak ketinggalan
juga, bangunan bersejarah dapat menyumbang
kepada kerancakan industri pelancongan negara kita. [Ayat Huraian]Hal ini demikian kerana
bangunan-bangunan bersejarah yang mempunyai nilai sejarah dan seni bina yang
unik dapat menjadi tarikan pelancong. [Ayat
Contoh]Tamsilnya, para pelancong yang berpendidikan akan terpesona oleh
zaman kegemilangan bandar pelabuhan Melaka pada abad ke-15 dan ke-16 apabila
melihat Pintu Gerbang Porta de Santiago, Gereja Christ, Bangunan Stadhuys dan
Gereja St. Paul.[Ayat Penyimpul]Pendek
kata, bangunan dan monumen ini secara tidak langsung dapat membantu industri
pelancongan negara.
[Ayat Kesimpulan]Secara
tuntas, pemuliharaan dan pelestarian bangunan bersejarah amat penting dalam
penghayatan warisan dan khazanah negara. [Ayat
Cadangan]Bangunan dan monumen yang bersejarah merupakan aset yang patut
dipelihara dan diwarisi dari satu generasi ke satu generasi. [Ayat Penilaian]Dengan terdapatnya
bangunan bersejarah, generasi baharu akan lebih menghargai dan peka akan
perkembangan sejarah negara. [Ayat
Penilaian]Akhir kata, adalah tidak rasional jika bangunan-bangunan
bersejarah ‘dikorbankan’ demi memberikan laluan kepada pembangunan negara.
Hidup warisan Malaysia, hidup bangsa Malaysia!