BAHAGIAN
A (30 MARKAH)
USAHA-USAHA MENINGKATKAN TARAF HIDUP
GOLONGAN OKU
Gambar
di bawah menunjukkan sebahagian daripada kemudahan yang disediakan untuk
golongan Orang Kelainan Upaya (OKU). Berikan pendapat anda tentang usaha-usaha
untuk membantu meningkatkan taraf hidup golongan OKU. Panjangnya huraian anda
hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.
PERENGGAN
PENDAHULUAN
Tidak
kuminta lahir ke dunia,
Tidak
kuduga cacat begini.
Bukan
kuminta kasih dan manja,
Bukan
kurayu bantu simpati.
Demikian
senandung sayu sebahagian daripada lirik lagu Namun Kupunya Hati yang
bertemakan Orang Kelainan Upaya (OKU)-AR. Antara kategori OKU ialah orang
yang kurang dari aspek penglihatan, pendengaran, fizikal dan sebagainya -AC.
Disebabkan hal ini, OKU sukar menjalani kehidupan seperti orang yang normal
-AC. Oleh itu, beberapa usaha boleh dilakukan untuk meningkatkan taraf hidup
golongan OKU-AA.
|
PERENGGAN ISI 1
PELUANG
DALAM KERJAYA [5 AYAT]
[AT]Usaha
pertama yang dapat kita lakukan untuk membantu meningkatkan taraf hidup OKU
di negara kita adalah dengan memberikan mereka peluang dalam bidang kerjaya.
[AH/Mengapa?] Hal ini adalah untuk membolehkan OKU berdikari. [AC]Sebagai
contoh, memberikan mereka peluang pekerjaan sama ada di sektor kerajaan
mahupun di sektor swasta. [AC]Antara OKU yang berjaya dan mendapat
pengiktirafan ialah Allahyarham Profesor Dato’ Ismail bin Salleh yang buta
matanya. [AP]Tegasnya, OKU perlu diberi peluang pekerjaan supaya taraf hidup
mereka dapat ditingkatkan.
|
PERENGGAN ISI 2
KEMUDAHAN
ASAS [5 AYAT]
[AT]Usaha
kedua untuk membantu golongan OKU ialah memperbanyakkan infrastruktur atau
kemudahan awam kepada mereka. [AH/Mengapa?]Hal ini adalah untuk memudahkan
OKU bergerak dengan selesa. [AC]Sebagai contoh, kemudahan laluan pejalan kaki
atau tempat khusus untuk meletakkan kenderaan. [AH/Jika) Sekiranya kemudahan
ini tiada, sudah tentu golongan OKU akan mengalami kesukaran kerana
ketidakupayaan mereka dari segi fizikal jika menggunakan kemudahan awam yang
sama seperti orang yang sempurna sifat fizikaInya. [AP]Oleh itu, pelbagai
kemudahan perlu disediakan untuk meningkatkan taraf hidup mereka.
|
PERENGGAN ISI 3
PELUANG
PENDIDIKAN
[AT]Usaha
seterusnya ialah kerajaan perlu menyediakan peluang pendidikan yang
secukupnya kepada OKU. [AH/Mengapa?]Hal ini adalah untuk membolehkan mereka
memiliki ilmu pengetahuan dan kemahiran tertentu. [AC]Sebagai contoh,
menyediakan sekolah khusus dan pendidikan khas seperti bahasa isyarat kepada
golongan OKU. [AH/Kesan]Secara tidak langsung, golongan OKU juga diberikan
peluang pendidikan yang sama rata dengan orang yang sempurna sifatnya.
[AP]Jelaslah bahawa golongan OKU juga perlu disediakan kemudahan pendidikan
untuk mereka mencapai kecemerlangan hidup di dunia dan di akhirat.
|
PERENGGAN PENUTUP
[Rumusan]Tuntasnya,
semua anggota masyarakat perlulah berganding bahu dalam melaksanakan
tanggungjawab sebagai anggota masyarakat yang prihatin terhadap kebajikan
OKU. [Cadangan/Pendapat]Seharusnya nasib mereka dibela kerana Bulat air
Kerana Pembetung, Bulat Manusia Kerana Muafakat. [Harapan]Marilah kita
mengatur langkah sederap, seia sekata agar taraf hidup OKU lebih terjamin dan
merealisasikan slogan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.
|
SUMBER