Sudah 3 tahun saya berada jauh dari kampung
halaman dan sudah 2 tahun saya tinggal keseorangan. Selepas rakan serumah
berpindah balik ke semenanjung. Saya tak pernah mencari rakan untuk menyewa
bersama walaupun ada yang berminat. Jadinya,
bila kita tinggal berseorangan dan kurang pula bergaul, kita ini dianggap
sebagai kera sumbang yang tak pandai
bergaul dan anti-sosial. Itu pendapat biasa, bagi saya tak ada masalah.
Bagi saya musim ini adalah musim
pencarian. Pencarian yang tak nampak di mata mungkin. Bagi saya juga kita
sebagai manusia memerlukan masa untuk dirinya sendiri. Sudah banyak ragam
manusia yang saya temui dalam hidup. Yang membahagiakan, yang merimaskan, yang
menyakitkan dan sebagainya. Itu kita tak boleh nafikan sifatnya seorang
manusia. Jadinya sekarang ini saya memilih untuk bertemankan diri dan mencari
keakuan.
Bila kita dikelilingi oleh pelbagai
gelagat manusia. Ketidakadilan dan realiti hidup yang bermacam ini maka akan
terdetiklah di hati dan fikiran kita tentang kewujudan dan keberadaan kita di
sini (dunia). Seperti nabi junjungan kita Muhammad SAW yang berkhalwat di gua
hiraq untuk mencari kebenaran dan pencerahan serta Gautama Buddha yang memilih
untuk bertapa setelah melihat kehidupan rakyatnya. Maknanya di disini musim untuk
kita bertemankan diri dan beruzlah dalam mengenal diri adalah perlu.
Apa yang penting di sini adalah
apabila kita bertemankan diri tahap redha kita adalah tinggi. Kita tidak
terlalu bergantung kepada makhluk. Ini berdasarkan pengalaman saya sendiri. Kebergantungan
saya kepada Allah buat masa ini adalah di tahap yang paling tinggi mungkin. Selain
itu, kita juga banyak terhindar daripada dosa-dosa yang melibatkan kita sesama
makhluk. Saya pun dapat rasakan bahawa saya banyak terhindar daripada dosa. Haha.
Tidak selamanya kita akan
bersendirian walaupun saat kita menghadap kematian kelak kita tetap juga secara
berseorangan. Begitu juga saya, tidak selamanya saya akan bersendirian begini. Akan
tiba waktunya untuk saya keluar daripada dunia keakuan ini..
Kesimpulannya, marilah kita mencari
lailatul qadar di bulan yang mulia ini..