Friday 26 October 2012

KARANGAN NO 11: PERCUBAAN SPM PAHANG


PAHANG

 

1. Kemahiran menguasai pelbagai bahasa sangat penting untuk memudahkan komunikasi antara satu sama lain.

 

Sehubungan dengan itu, jelaskan kepentingan penguasaan bahasa asing dalam kalangan pelajar.

 

Pendahuluan : Mafhum daripada sepotong ayat al-Quran yang bermaksud, “Sesungguhnya aku jadikan manusia dalam berbagai-bagai bangsa dan bahasa agar mereka saling berkenal-kenalan dan bertolong bantu. Perbezaan bangsa dan bahasa bukanlah alasan untuk memisahkan manusia. Sepatutnya manusia memanfaatkan peluang untuk mendalami ilmu dengan menguasai pelbagai bahasa. Pelbagai bahasa wujud di dunia ini seperti bahasa Inggeris, bahasa Perancis, bahasa Arab, bahasa Ibrani, bahasa Mandarin, bahasa Jepun, bahasa Korea dan bahasa-bahasa yang berasaskan etnik wujud di seantero pelosok alam. Dengan hal yang demikian, amatlah wajar rakyat Malaysia mengambil peluang untuk mempelajari pelbagai bahasa.

 

 

Isi-isi penting :

Isi 1:    Bahasa merupakan unsur yang global dan universal - untuk melihat kebesaran Yang Maha Pencipta – (Maksud ayat al-Quran, “Aku jadikan manusia daripada berbagai-bagai bangsa dan bersuku-suku dengan pelbagai bahasa agar mereka dapat berkenal-kenalan antara satu sama lain) – melahirkan insan yang tahu bersyukur

 

Isi 2:    Sebagai medium mencari dan menggali khazanah ilmu yang dimiliki oleh pelbagai bangsa - setiap bangsa memiliki keistimewaan tersendiri (bangsa Eropah dengan kemajuan teknologi, bangsa Cina dengan tamadun perubatan herba/tradisional, bangsa Jepun dengan kecanggihan ilmu dan teknologi dan bangsa Arab dengan pembinaan budaya, kesenian, seni bina dan falsafah – pengetahuan terhadap bahasa asing membantu seseorang mempelajari pelbagai ilmu

 

Isi 3 :   Mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga dunia - mengeratkan hubungan diplomatik antara negara - mengelak salah faham dan wujud hubungan saling menghormati - dapat bertukar-tukar ilmu, teknologi, kebudayaan dan falsafah

 

Isi 4 :   Mudah untuk berhijrah dan berkomunikasi dengan seluruh bangsa di dunia - dapat meneroka alam sejagat yang wujud di seluruh dunia – mewujudkan jaringan rakan dan kenalan di seluruh dunia - medium terbaik dalam usaha menuntut ilmu dan mengenali budaya masyarakat global

Kesimpulan : Berpandukan kata-kata peribahasa, air banyak ikan tidak mati membuktikan bahawa, apabila banyak khazanah yang kita peroleh banyak pula perkara yang boleh kita lakukan. Demikianlah dengan pengayaan pelbagai bahasa sudah pasti menolong kita untuk menggali segala khazanah ilmu. Dengan yang demikian, jadikanlah usaha memperluas pengetahuan tentang pelbagai bahasa sebagai langkah untuk kita bangun bersaing di peringkat global.

 

 

2. Remaja bersahsiah mulia mampu membangunkan sesebuah negara. Oleh sebab itu, ibu bapa memainkan peranan penting dalam membentuk sahsiah murni anak-anak mereka.

 

Bincangkan.

Pendahuluan : Peribahasa Melayu menyatakan kenal getah batang lihatlah daunnya. Peribahasa tersebut menjelaskan bahawa tingkah laku dan latar belakang ibu bapa akan menentukan hala tuju anak-anak. Baik ibu bapa, justeru baiklah anak-anak. Oleh itu, prakarsa mendidik amat bergantung kepada wibawa ibu bapa sebagai arkitek prima yang bermula dari rumah.

 

Isi 1 :   Menjanakan personaliti anak-anak sebagai insan yang beriman dan berakhlak – insan yang mulia terjana daripada kesempurnaan iman, akhlak dan akal budi yang harmoni – ibu bapa perlu menentukan hala tuju sikap dan gaya pemikiran anak-anak bermula – menjadi role model - tingkah laku positif atau negatif ibu menjadi ikutan anak-anak (seperti acuan begitulah kuihnya).

 

Isi 2 :   Memupuk cita-cita dan wawasan secara positif – anak-anak lebih bersedia untuk menghadapi masa depan dan dapat berdikari – memberi galakan dan menyuburkan minat anak-anak berdasarkan potensi diri

 

Isi 3 :   Merancangkan pendidikan dan memperkasakan ilmu untuk anak-anak – mengenal pasti bidang pendidikan yang sesuai dengan potensi dan minat anak-anak – berfikiran positif dan membantu anak-anak memilih bidang kerjaya yang sesuai

 

Isi 4 :   Menyelami dan mendalami perasaan dan emosi anak-anak secara berhemah – usia remaja menjadi tempoh paling kritikal – pelbagai gangguan emosi dihidapi anak-anak remaja – ibu bapa menjadi sahabat, kaunselor dan pendengar setia terhadap sebarang masalah mental dan emosi anak-anak – membantu anak-anak berfikiran positif dan harmoni

 

Isi 5 : Membangunkan nilai-nilai sahsiah dan nilai murni anak-anak – bertanggungjawab untuk membina persekitaran sosial dan jaringan kejiranan yang baik – belajar menghormati jiran, menghargai golongan yang lebih tua dan berpengalaman, setia kawan dan bertanggungjawab – melahirkan sebuah komuniti yang selamat dan riang

 

Kesimpulan :    Keluarga pasti menjadi nukleus utama untuk anak-anak. Keluarga merupakan institusi tertua yang menentukan arah dan hala tuju seseorang. Oleh itu, keluarga yang harmoni pasti menjanakan kejayaan yang cemerlang terhadap anak-anak. Ingatlah daripada kata-kata peribahasa, ke manakah tumpahnya kuah jikalau tidak ke nasi.

 

 

3. Anda merupakan pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan dan Koperasi (KPDNKK) diminta menyampaikan sebuah ceramah kepada belia-belia di tempat anda. Tajuk ceramah tersebut ialah “Usaha-usaha Kerajaan dalam Melahirkan Masyarakat Berjimat Cermat”.

 

Sediakan teks ceramah tersebut selengkapnya.

 

Pendahuluan : Dalam sejarah tamadun dunia, kita telah belajar tentang pelbagai peristiwa pahit dan manis rakyat menjalani kehidupan. Pernah diberitakan, rakyat pernah mengecapi kenikmatan hidup semasa pemerintahan Khalifah Umar Bin Abdul Aziz yang sangat adil lagi telus dalam urusan pentadbiran negara. Kecemerlangan yang dicapai sehinggakan Baitul Mal negara sentiasa penuh kerana tiada rakyat yang layak menerima zakat. Kegemilangan yang sama turut dikecapi oleh rakyat Mesir semasa Nabi Yusuf menjadi Menteri Ekonomi. Dua contoh yang tersebut adalah sebahagian daripada beberapa kejayaan pemerintah yang lain sejak zaman prasejarah hinggalah era milenium ini. Sesungguhnya, dalam apa-apa kapasiti pun, kejayaan sesebuah negara adalah bermula daripada kebijaksanaan pemimpin merancang pelan strategik negara melalui agenda berjimat cermat.

 

Isi-isi penting :

 

Isi 1 : Meuar-uarkan kempen penjimatan secara berterusan dan tersusun – usaha untuk menyedarkan rakyat suoaya tidak membazir – kempen penjimatan tenaga elektrik, air dan bahan makanan – amalan berbelanja secara berhemah

 

Isi 2 : Melipatgandakan kempen supaya rakyat membeli barangan buatan Malaysia – langkah penjimatan tepat, harga murah b arang bermutu) – langkah serampang dua mata, selain berjimat dapat sokong IKS

 

Isi 3 : Galakan usaha menabung – mengelak daripada berbelanja yang tidak perlu – inisiatif kerajaan melancarkan pelbagai dana dan saham amanah (ASNB, AS1M, tabungan koperasi, pembelian insurans)

 

Isi 4 : Kempen penjimatan bahan-bahan makanan dan utiliti – untuk mengurangkan kos perbelanjaan harian dan mengamalkan gaya hidup sihat (kempen kurangkan gula, kurangkan penggunaan minyak masak dan penjimatan petrol)

 

Isi 5 : Melancarkan skim khidmat sokongan – membantu golongan yang berpendalatan rendah – KR1M, BR1M, dan Restoran 1 Malaysia – langkah membantu rakyat agar tidak tertekan dan terpaksa berhutang

 

Kesimpulan : Hukum ingat sementara belum kena dan jimat sementara belum habis hendaklah dijadikan amalan dan ‘Hadith’ Melayu agar dapat mendidik manusia supaya beringat dan berwaspada dalam apa-apa situasi sekalipun. Sudah lumrah, malang tidak berbau dan geruh tidak berbunyi yang sepatutnya kita hayati supaya sentiasa membuat persediaan agar tidak dilanda malapetaka. Janganlah sudah terkena baharu hendak beringat-ingat, bak sudah terhantuk baharu hendak menengadah.

 

 

4. Negara-negara di dunia hari ini menghadapi masalah pemerdagangan manusia yang semakin membimbangkan.

 

Jelaskan tindakan-tindakan berkesan bagi membendung kegiatan tersebut daripada

berleluasa.

 

Pendahuluan : Perubahan dunia alaf baru telah mula membentuk suatu fenomena tentang pola migrasi manusia. Peperangan, kemiskinan, dan bencana alam telah mula mengubah landskap dunia apabila migrasi gelombang kedua semakin mengancam kestabilan politik dan sosial di beberapa buah wilayah di dunia. Pola tersebut ialah sindiket pemerdagangan manusia yang ditunjangi oleh rangkaian penjenayah antarabangsa yang turut dikenali sebagai tekong laut dan tekong darat. Kesan daripada jenayah tersebut menimbulkan krisis kemanusiaan yang teruk apabila manusia dengan sewenang-wenangnya dijadikan bahan dagangan demi mengaut keuntungan yang berlipat ganda. Sementara itu, negara yang menjadi transit dan negara penerima turut mengalami masalah sama ada dalam aspek politik, demografi, ekonomi, dan sosial. Sebagai salah sebuah negara transit dan juga penerima, Malaysia tidak wajar berpeluk tubuh dan wajar menjalinkan kerjasama strategik dengan negara-negara jiran agar jenayah yang tidak berperikemanusiaan ini dibendung dengan sebaik mungkin.

 

 

Isi 1 : Memperkukuh sistem politik dan keamanan dalam negara masing-masing – kestabilan dalam negeri boleh menjadi aset untuk menghalang kemasukan warga asing dengan sewenang-wenangnya

 

Isi 2 : Membanteras gejala rasuah yang masih berleluasa dalam kalangan negara-negara dunia ketiga – berusaha mengurangkan indeks rasuah terutama dalam kalangan penguatkuasa seperti polis, tentera, dan pengawal pintu masuk perairan negara (peribahasa amalan buruk lontar batu sembunyi tangan)

 

Isi 3 : Mengadakan kerjasama rondaan dalam kalangan negara berjiran – mencegah kemasukan warga asing sacara haram – kedudukan Malaysia dengan negara jiran terutama Indonesia yang kondusif kepada kemasukan pendatang asing tanpa izin (hidup berjiran, ibarat aur dengan tebing)

 

Isi 5 : Komitmen diplomatik yang jujur dalam kalangan pemimpin negara – pertelagahan politik memberi laluan mudah untuk orang lain mengambil kesempatan (peribahasa jong pecah yu yang kenyang)

 

Kesimpulan : Gejala pemerdagangan manusia merupakan sebahagian daripada krisis kemanusiaan sejak zaman-berzaman. Yang berbeza dari masa ke masa hanya modus operandinya sahaja. Oleh itu, penyelesaian secara global dan serantau hendaklah diteruskan agar landskap politik dunia dan wilayah tidak terancam oleh sikap dan amalan manusia yang bersikap pepat di luar runcing di dalam.

 

MAKLUMAN : Memandangkan soalan ini begitu popular dan berada dalam perhatian, saya sedang dalam proses menyediakan sampel lengkap yang akan dimuatkan dalam blog saya. Teruskan melayari blog saya dari semasa ke semasa

 

 

5.       Remaja amat mahal

sesungguhnya

tiada terbeli oleh perjanjian

harga remaja adalah

pendirian

keberanian dan ilmu.

 

Berdasarkan petikan sajak ‘Harga Remaja’ di atas, terangkan kepentingan menjaga

maruah diri sendiri.

 

MAKLUMAN : Tiada rangka isi disediakan untuk soalan ini – (harap maaf)

 
http://ishakmdshah.blogspot.com/