Friday 26 October 2012

KARANGAN NO 5: PERCUBAAN SPM SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SPB)


SBP

 

1. Melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi setelah menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia menjadi idaman setiap remaja.

 

Jelaskan ciri-ciri pusat pengajian tinggi yang menjadi idaman anda.

 

Pendahuluan : Dunia hari ini semakin pantas membangun. Pelbagai kemajuan teknologi sama ada dalam bidang perubatan, perhubungan, teknologi maklumat, mahupun angkasa lepas telah mengalami revolusi dan anjakan yang amat mengagumkan sekali. Sebenarnya semua pencapaian tersebut dijanakan oleh transformasi pendidikan oleh bidang ilmu pengetahuan yang amat drastik. Pelbagai institusi pendidikan tinggi sama ada kolej, politeknik mahupun universiti tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Kini tiada kegusaran lagi untuk kuntum-kuntum kesuma menggapai impian menjadi insan terpelajar. Pendek kata, di mana-mana ada kemahuan di situ ada jalan. Dalam hal ini, saya mengimpikan sebuah alma mater yang mempunyai ciri-ciri keintelektualan, kepimpinan, arah tuju kerjaya dan mampu melahirkan modal insan yang seimbang antara duniawi dan ukhrawi.

 

Isi-isi penting :

 

Isi 1 : Akan cuba mengenal pasti IPT yang menawarkan bidang kursus yang benar-benar menepati dengan cita-cita saya

 

Isi 2 : Memilih IPT yang terkenal dari segi kompetesi (mampu dan layak) akademik dan kokurikulum – gedung ilmu yang mampu melahirkan insan terpelajar yang serba boleh

 

Isi 3 : Memilih IPT yang mesra kepada pasaran pekerjaan – boleh mengeluarkan graduan yang berkelayakan dengan pasaran guna tenaga kerja semasa

 

Isi 4 : Memilih IPT yang mengutamakan pelan pendidikan yang seimbang antara kecermerlangan akademik, sahsiah dan kerohanian – benar-benar menjadi insan yang tahan uji dengan cabaran global

 

Isi 5 : Memilih IPT yang sentiasa peka terhadap perubahan global – sentiasa dinamik (berubah mengikut kehendak semasa) – wujud pembaharuan dalam aspek akademik, penyelidikan dan sumbangan kepada kemajuan ummah

 

Kesimpulan : Memetik kata-kata Saiyidina Ali KW, “Berdaganglah kamu dengan ilmu kerana Ilmu akan bertambah apabila diperdagangkan, manakala harta akan berkurang apabila diniagakan. Ilmu menjaga kamu dan kamu menjaga harta”. Sesungguhnya, saya yakin apabila ilmu penuh di dada, masa depan pasti terjamin. Oleh itu, langkah yang strategik, saya hendaklah mencari IPT yang benar-benar boleh memberi jaminan masa depan kepada saya.

 

 

2. Ibu bapa merupakan pendorong utama dalam membudayakan amalan membaca dalam kalangan anak-anak.

 

Jelaskan usaha-usaha yang dilakukan ibu bapa bagi memastikan amalan membaca menjadi budaya dalam kalangan keluarga mereka.

 

MAKLUMAN : Soalan ini hampir sama dengan Perlis – sila rujuk

 

Pendahuluan : Apabila kita menoleh semula kepada sejarah kemajuan manusia, perihal membaca merupakan suatu wahana yang menjadi enjin utama untuk sesuatu bangsa itu maju. Dalam sejarah Islam juga, permulaan madani bermula dengan membaca apabila Nabi Muhammad SAW menerima wahyu pertama di Gua Hira dengan asas membaca. Seterusnya membaca terus menjadi nadi kejayaan Zaman Renaisance apabila banyak sumber bacaan dalam tamadun Islam berpindah tangan kepada masyarakat Barat selepas berakhirnya Perang Salib. Revolusi ciptaan mesin cetak yang bermula di Jerman telah membuka dimensi pembacaan sebagai sangat penting yang menganjak manusia menemukan pelbagai ciptaan moden hasil pembacaan. Oleh itu, tradisi warisan turun-temurun ini hendaklah diteruskan khususnya dalam kalangan keluarga untuk membudayakan amalan membaca dalam kalangan anak-anak.

 

Isi-isi penting :

 

Isi 1 : Ibu bapa perlu menjadikan aktiviti membaca sebagai agenda wajib dalam rumah tangga – membaca hendaklah menjadi amalan penting setaraf dengan keperluan asasi yang lain seperti makan, minum, riadah dan semua aktiviti keluarga

 

Isi 2 : Ibu bapa hendaklah menunjukkan karisme sebagai golongan terpelajar dan berfikir – mencetuskan idea-idea baru, bernas dan matang melalui pengalaman membaca – melahirkan rasa bangga kepada anak-anak atas kebolehan ibu bapa

 

Isi 3 : Mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk membentuk tabiat membaca – melengkapkan semua sudut di dalam rumah dengan prasarana membaca dan bahan-bahan bacaan yang pelbagai bidang

 

Isi 4 : Cuba memahami watak dan kecenderungan anak-anak – menyediakan bahan bacaan yang sesuai dengan minat mereka

 

Isi 5 : Mencuri peluang untuk menanamkan sikap suka berfikir secara intelektual – pemikiran kelas pertama melalui kegiatan membaca – sesi sumbang saran dan pendapat dalam kalangan ahli keluarga

 

Kesimpulan : Dalam semua kecenderungan dan kejayaan anak-anak, ibu bapa adalah sebagai penjana utama. Walaupun tidak dinafikan aspek minat, kecerdasan dan bakat menjadi penentu jalan hidup anak-anak, namun ibu bapa berperanan penting untuk mewarnakan mereka dengan betul. Oleh itu, budaya membaca dalam keluarga akan menjadi mangkin kepada kejayaan anak-anak dalam apa-apa bidang yang mereka minati.

 

 

3. Malaysia merupakan sebuah negara yang berpotensi untuk lebih maju dalam sektor pelancongan. Sehubungan dengan itu, anda ingin menulis rencana untuk disiarkan oleh akhbar tempatan. Tajuk rencana tersebut ialah “Usaha-usaha untuk Memajukan Pelancongan Negara.”

 

Tulis rencana itu selengkapnya.

 

MAKLUMAN : Sila rujuk soalan yang sama bagi negeri Pulau Pinang, dan Perak

 

 

4 Kerjasama yang erat antara negara jiran mendatangkan banyak faedah.

 

Jelaskan kebaikan yang diperoleh daripada kerjasama yang erat antara negara yang berjiran.

 

Pendahuluan: Ibarat hidup sandar-menyandar bagai aur dengan tebing. Demikianlah hidup kita yang saling memerlukan antara satu dengan yang lain. Kita tidak boleh hidup bersendirian bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Banyak perkara yang kita perlu kepada sokongan orang lain. Tuhan juga telah berfirman dengan maksudnya, “Aku jadikan manusia daripada bersuku-suku dan berbangsa-bangsa agar mereka saling mengenali dan bertolong bantu.” Oleh hal yang demikian, sebagai kerajaan yang bebas dan merdeka, semua negara patut mengambil inisiatif untuk menjalinkan hubungan diplomatik dengan seluruh negara di dunia tanpa memilih perbezaan pendapat, ideologi, bangsa, dan agama. Sesungguhnya, amat besar natijah di sebalik usaha diplomatik seperti itu.

 

Isi 1: Memperluas jalinan hubungan diplomatik dalam dasar luar negara – menjalinkan persefahaman dan hubungan bilateral dan multilateral (hubungan dua hala dan pelbagai hala) dengan kerajaan di seluruh dunia - agar wujud amalan mengiktiraf antara satu sama lain sebagai sebuah negara yang berdaulat dan merdeka - mengelak perasaan curiga dan prejudis dalam kalangan masyarakat dunia

 

Isi 2: Mewujudkan jalinan sosial, ilmu, dan budaya di peringkat global - menjadikan hub pendidikan global - mengeksport dan mengimport sumber maklumat dan ilmu pengetahuan melalui jaringan kerjasama di bawah badan dunia seperti UNESCO - mengenali cara hidup budaya dan adat resam pelbagai masyarakat dunia - menjalinkan persefahaman melalui misi sukan, kerja amal, dan sumbangan kemanusiaan

 

Isi 3: Mewujudkan rangkaian ekonomi dan perdagangan global - memperluas pasaran di peringkat global - memperkenalkan produk masing-masing di pasaran antarabangsa – menjalinkan hubungan dagang dan memperluas pasaran global – mewujudkan jaringan yang harmoni dalam situasi menang-menang

 

Isi 4:    Mewujudkan jaringan serantau dan antarabangsa - mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti antarabangsa – persidangan tentang siasah, ekonomi, sosial, dan keamanan - menjaga kebajikan negara-negara serumpun dan serantau (ASEAN), negara-negara merdeka (KOMANWEL), kebudayaan (OIC), dan dunia (PBB)

 

Isi 5:    Memenuhi tanggungjawab sosial untuk hidup sebagai warga dunia yang bersatu padu - menghormati hak asasi manusia untuk hidup bebas, berdaulat, dan diiktiraf - tidak bersikap mementingkan diri dan boleh berada dalam kelompok masyarakat dunia - memperluas sistem rangkaian maklumat global dalam jalinan maklumat siber -membangunkan minda dan peribadi rakyat agar setanding dengan warga dunia

 

Kesimplulan : Dalam abad milenium ini, umat manusia tidak harus terkongkong dalam belenggu katak di bawah tempurung. Kita tidak boleh hidup bersendirian kerana sebarang gerak geri kita sentiasa diperhati oleh masyarakat global. Daripada kita dianggap sebagai bangsa yang tidak mesra masyarakat dunia dan disisihkan dalam pelbagai agenda lebih baik kita memberi sumbangan sedaya yang mampu. Kita harus berbakti kepada masyarakat dunia sekadar yang upaya bak kata peribahasa sedikit tanda ingat, banyak tanda ada.

 

 

5 Anda berhasrat untuk menyertai pertandingan penulisan cerpen yang dianjurkan oleh sekolah anda. Tema cerpen yang anda pilih ialah perpaduan kaum.

 

Tulis cerpen anda itu selengkapnya.

 

CATATAN : Tiada rangka isi disediakan – (harap maaf)

 
SUMBER:
http://ishakmdshah.blogspot.com/