PERAK
1. Setiap ibu bapa mengharapkan ana-anak berjaya dalam
kehidupan.
Bincangkan usaha-usaha yang wajar anda lakukan untuk
memastikan harapan mereka menjadi kenyataan.
Pendahuluan : Anak-anak ialah cahaya mata yang menjadi buah hati
pengarang jantung kepada kedua-dua ibu dan ayah. Dengan kelahiran seseorang
anak, kehidupan ibu dan bapa menjadi lengkap dan sempurna. Apatah lagi apabila
anak yang dilahirkan dapat membesar dengan sempurna serta menjadi insan yang
berguna. Sebagai anak-anak yang menjadi harapan ibu bapa, mereka hendaklah
bersedia untuk menggalas harapan ibu bapa yang tinggi menggunung. Elakkan
daripada menjadi anak-anak yang membawa masalah kepada ibu bapa kerana dosa yang
paling besar ialah menderhakai ibu bapa. Oleh yang demikian, setiap anak
dituntut membuat persediaan sama ada mental, fizikal dan sahsiah yang baik agar
harapan ibu bapa terutama apabila menjelang usia emas mereka tidak dikecewakan.
Isi 1 : Menjadi anak yang patuh dan taat kepada
perintah Allah SWT – insan yang
bertakwa sentiasa melakukan kerja-kerja yang baik seperti menghormati ibu bapa
– tidak melakukan kerja-kerja yang terkutuk yang boleh menjejaskan maruah ibu
bapa
Isi 2 : Menjadi anak yang luhur pekerti dan bermoral
tinggi – pekerti dan moral menjadi piawai seseorang itu
dipandang mulia – tidak mudah terjebak dalam angkara yang merosakkan masa depan
– menjadi imej (pancaran) hati nurani ibu bapa
Isi 3 : Berusaha dengan gigih demi jaminan masa depan – mengisi dada dengan ilmu, mempelajari pelbagai
kemahiran sebagai jaminan memperoleh kerjaya yang baik – bercita-cita membalas
budi ibu bapa
Isi 4 : Menjalinkan hubungan mesra dan mawaddah dengan
adik-beradik dan kaum keluarga – mewujudkan keluarga harmoni – membantu dengan ikhlas tanpa mengira
aspek material mahupun moral
Isi 5 : Bercita-cita menjaga ibu bapa apabila tiba
saat-saat akhir mereka – maksud
daripada firman Allah, “Akan gugur dosa seseorang anak apabila dia dengan
ikhlas menjaga ibu dan bapanya hingga ke akhir hayat” - tindakan membalas budi
ibu bapa yang amat besar nilainya di sisi Tuhan.
Kesimpulan : Meminjam kata-kata daripada orang-orang lama bahawa,
betapa kasihnya seseorang ibu kepada anaknya hatta seekor lalat pun tidak
dibenarkan hinggap ke tubuh si anak. Demikianlah pengorbanan besar ibu bapa
terhadap seseorang anak. Oleh itu, sikap yang sama wajar dikembalikan oleh
anak-anak terhadap kedua-dua ibu bapa. Jasa ibu bapa yang melahirkan dan
membesarkan anak-anak tidak terbalas walaupun galang gantinya sebatang sungai
emas sekalipun. Dengan hal yang demikian, bersedialah untuk menjadi seorang
anak yang boleh diharapkan oleh ibu bapa sebagai tempat mereka bergantung.
2. Minat bersukan dalam kalangan remaja pada hari ini
semakin berkurangan.
Huraikan peranan pelbagai pihak untuk memupuk minat
bersukan dalam kalangan remaja.
*MAKLUMAN : Lazimnya soalan no 2 berkaitan dengan
keluarga
Pendahuluan : Kehidupan dalam usia remaja ialah masa yang paling
menarik, seronok, asyik, cergas dan pantas. Bak kata orang, “Orang muda, ke
mana-mana tiada yang terlarang”. Hakikatnya usia remaja adalah tempoh yang
perlu diisikan dengan segala kegiatan meliputi rohani dan jasmani. Dalam
konteks jasmani, pelbagai kegiatan lasak dan aktiviti sukan telah diwujudkan
untuk merangsangkan minat remaja supaya bergiat aktif. Program 1 Murid 1 Sukan
yang turut menjadi gagasan Kementerian Pelajaran Malaysia adalah untuk matlamat
yang sama. Walau bagaimanapun, anjakan global yang dikuasakan oleh teknologi
khususnya teknologi maklumat turut ‘mencuri’ minat remaja agar melupakan
kegiatan sukan. Situasi pada petang hari bagaikan sunyi dan lengang kerana
ketiadaan remaja di padang seperti yang dapat dilihat dalam dekad-dekad silam.
Oleh itu, demi mengembalikan tradisi cergas yang telah berakar umbi sejak
zaman-berzaman, semua pihak sama ada kerajaan, komuniti, ibu bapa mahu pun
remaja sendiri hendklah mengambil langkah inisiatif untuk mempopularkannya
semula.
Isi-isi penting :
Isi 1 : Remaja hendaklah bijak membahagikan masa mengikut
kehendak biologi, mental, fizikal, dan emosi – mesti memperuntukkan masa walaupun sekejap untuk
bersukan dan beriadah – memperoleh keseimbangan fizikal sempurna dan
merangsangkan minda yang cerdas
Isi 2 : Ibu bapa tidak boleh terlalu mendesak anak-anak
supaya memberi fokus 100 peratus kepada belajar – beri ruang yang cukup untuk anak-anak bersukan –
berikan galakan untuk bersukan
Isi 3 : Masyarakat hendaklah turut terlibat aktif
dalam kegiatan sukan – trend minat
menonton perlawanan seperti bola sepak hendaklah diseimbangkan dengan
penglibtan langsung dalam bersukan – remaja turut terangsang dengan apa-apa jua
kegiatan yang hidup dalam masyarakat
Isi 4 : Pihak sekolah hendaklah menyeimbangkan antara
kegiatan akademik dan riadah/sukan – tidak boleh berat sebelah dengan menjadikan aktiviti sukan sekadar
melengkapkan takwim persekolahan
Isi 5 : Pihak kerajaan hendaklah lebih pragmatik dalam
memberi pengiktirafan antara sukan dan akademik – markah 10 peratus kokurikulum untuk prasyarat ke
IPT adalah tidak wajar kerana boleh menjejaskan minat pelajar berbakat untuk
bergiat aktif dalam aktiviti yang bercorak kesukanan
Kesimpulan : Dalam usaha melahirkan generasi akan datang yang
lebih trampil dan berdaya saing, kecemerlangan yang seimbang antara fizikal,
mental, dan emosi hendaklah diuruskan secara sama rata. Seandainya kalangan
akademik dan teknokrat sentiasa dijulang sebagai negarawan, maka tidak adil
hanya Datuk Lee Chong Wei, Datuk Nicol dan Pandalela saja yang dilihat sebagai
tokoh utama dalam arena sukan. Oleh itu, semua pihak hendaklah mengiktiraf
bahawa sukan juga mampu menjadi wadah menjulang imej negara.
3. Kerajaan menggalakkan rakyat Malaysia menggunakan
barangan buatan tempatan.
Huraikan kebaikan-kebaikan menggunakan barangan buatan
tempatan.
Pendahuluan : Peribahasa yang menyatakan ‘hujan emas di negari
orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baiklah di negeri sendiri’
mengajarkan kita betapa pentingnya menghargai dan membanggakan apa-apa jua yang
menjadi milik kita. Dalam konteks ini, kempen belilah barangan buatan tempatan
adalah menjadi wahana penting untuk dihayati dan seterusnya mendapat sambutan
tidak berbelah bahagi oleh masyarakat. Kempen dan galakan ini menjadi inisiatif
utama kerajaan untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi negara yang dipacukan
oleh aliran tunai domestik. Sementara itu, dalam beberapa perspektif yang lain,
galakan ini turut memberikan impak yang positif kepada masyarakat pengguna dan
meningkatkan perkembangan ekonomi negara amnya.
Isi-isi penting :
Isi 1 : Membantu mempercepat pertumbuhan dana dalam
negara – menyokong pertumbuan Keluaran Dalam Negara Kasar di
samping memberi kesan kepada meningkatnya pendapatan perkapita penduduk –
dengan kata lain masyarakat memiliki tukaran yang cukup
Isi 2 : Menyekat aliran tunai ke luar negara – kecairan tunai (modal) hanya berlegar dalam pasaran
tempatan – kini, sudah melebihi RM20 bilion wang mengalir keluar kerana
mengimport barang-barang makanan – aliran keluar meningkat berlipat ganda
sekiranya barangan aksesori, pakaian, peralatan mesin dan jentera yang terpaksa
diimport
Isi 3 : Menyokong kreativiti anak-anak tempatan dalam
sektor perniagaan – membantu
mempercepat pertumbuhan sektor PKS (Perusahaan Kecil dan Sederhana) – pembelian
yang meningkat boleh mendorong pengusaha melipatgandakan keluaran di samping
kualiti yang turut meningkat
Isi 4 : Membantu merancakkan sektor perniagaan –perniagaan berkembang dengan lebih pantas apabila
pasaran aktif
Isi 5 : Pengguna memperoleh barangan yang relatifnya
lebih murah dengan kualitinya yang setaraf – murah kerana kos produk yang lebih rendah dan
berkualiti kerana pemproesan menggunakan teknologi moden dengan piawai ISO 9200
Kesimpulan : Daripada peribahasa, jauh-jauh seluang melaut
akhirnya baliklah ke muara membuktikan bahawa, selama-lama mana pun kita
berbangga dengan kelebihan orang lain, namun tidaklah lama kerana akan balik
juga kepada asal usul. Hal yang demikian samalah sifatnya apabila kita
kesudahannya akan balik kepada cita rasa sendiri walaupun zahirnya sangat
berbangga dengan barangan asing. Seyogia berilah sokongan yang tidak bergelah
bahagi terhadap galakan membeli barangan tempatan.
MAKLUMAN :
Sekiranya soalan berfokuskan isi jawapan tentang langkah-langkah sila rujuk
sampel rangka isi di bawah (Ihsan daripada Modul saya Edisi 2012, ms 29)
“Barangan Tempatan Berkualiti Antarabangsa” ialah slogan kerajaan ke
arah mencapai standard kualiti antarabangsa.
Bincangkan langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh
usahawan tempatan supaya hasrat ini menjadi realiti.
Pendahuluan : Budaya pemikiran kelas pertama, minda berkelas dunia,
dan pelbagai slogan yang bersifat global mula berkumandang di persada negara.
Hakikatnya dalam arus globalisasi kini, rakyat Malaysia wajarlah mengorak
langkah serta bangkit untuk mengimbangi perubahan pantas dunia dalam pelbagai
bidang. Bermula daripada cara berfikir, gaya bertindak, berkomunikasi dan
seterusnya penghasilan produk, kita sewajarnya mampu bersaing dengan
negara-negara maju di dunia. Oleh itu, dalam bidang pengeluaran juga, kita
hendaklah mampu menghasilkan barangan tempatan yang mampu mencapai klasifikasi
dunia. Keupayaan mencapai kualiti antarabangsa sudah semestinya memberi kita
ruang untuk bersaing dalam pasaran global. Oleh hal yang demikian, sudah
sampailah masanya, para pedagang kita menganjak minda dan usaha untuk
menghasilkan barangan tempatan yang mencapai piawai “Barangan Tempatan Berkualiti Antarabangsa”
Isi 1 : Pengusaha hendaklah sentiasa mengadakan
R&D (Penyelidikan dan Pembangunan) terhadap hasil keluaran mereka - mencari pembaharuan dan penambahbaikan produk - agar
produk negara boleh mencapai piawai internasional untuk bersaing di pasaran
antarabangsa
Isi 2 : Pengusaha hendaklah berusaha memperoleh
penarafan keluaran antarabangsa melalui penarafan ISO 9004 - semua barangan keluaran negara berjaya menembusi
pasaran global tanpa sebarang sekatan - memenuhi semua standard pengeluaran
yang ditetapkan oleh negara maju
Isi 3 : Bekerjasama dengan pihak kerajaan dalam usaha
mencapai standard mutu keluaran Malaysia - merealisasikan jenama Malaysia Best seperti yang
dilancarkan oleh Kementerian Pertanian dan Asas Tani - mematuhi semua peraturan
yang ditetapkan oleh kerajaan sebelum sesuatu keluaran itu dieksport ke luar
negara - memastikan hasil keluaran halal dalam usaha merealisasikan hub halal
antarabangsa
Isi 4 : Mengawal mutu keluaran bermula dari peringkat
awal hingga barang siap - kawalan dalam
aspek ketulenan, kualiti, ketahanan, penggredan dan kebersihan - membolehkan
barangan keluaran negara menjadi buruan pelanggan sama ada dalam negara mahupun
luar negara
Isi 5 : Mengadakan teknik pembungkusan, pelabelan,
penjemaan yang boleh diterima di peringkat antarabangsa - meyakinkan pengguna tentang kandungan produk -
barangan lebih bermutu dan tahan lama
Isi 6 : Mewujudkan rakan kongsi strategik di peringkat
antarabangsa - untuk
memperoleh pemindahan teknologi dan mempertingkatkan mutu keluaran - dapat
bersaing dengan keluaran lain di pasaran antarabangsa - dapat merancang pasaran
yang strategik di negara-negara maju (Eropah, Timur Tengah, dan Amerika)
Kesimpulan : Sesungguhnya rakyat Malaysia bukanlah tidak mampu
bersaing di persada global. Beberapa jenama Malaysia yang telah mula menguasai
pasaran antarabangsa seperti barangan elektrik membuktikan bahawa slogan
‘Malaysia Boleh’ berjaya menembusi pasaran antarabangsa. Oleh itu, inilah masa
yang terbaik untuk para pengeluar tempatan mempertingkatkan daya saing mereka.
4. Malaysia berpotensi untuk menjadi destinasi
pelancongan yang terkenal di rantau ini. Sehubungan dengan itu, anda ingin
menulis rencana untuk disiarkan dalam akhbar tempatan. Tajuk rencana tersebut
ialah, ‘Usaha-usaha Menarik Minat Pelancong Asing Datang ke Malaysia’.
Tulis rencana itu selengkapnya.
Pendahuluan : Berdasarkan rekod sejarah, rantau Asia Tenggara
khususnya Semenanjung Tanah Melayu pernah dijejaki oleh masyarakat antarabangsa
sejak ribuan tahun dahulu. Gelaran Semenanjung Emas kepada Tanah Melayu turut
mengangkat imej bumi bertuah ini di persada antarabangsa sejak berkurun-kurun
lamanya. Walaupun kunjungan masyarakat asing ke rantau ini pada era
prapenjajahan bukan atas misi pelancongan, namun jelas sekali, bahawa bumi kita
amat dikenali oleh masyarakat antarabangsa. Kelayakan tersebut adalah
bersandarkan kekayaan hasil mahsulnya, letak geografinya malah keindahannya
sentiasa menggamit pengunjung. Walau bagaimanapun, pada era pascamilenium ini,
saingan sengit daripada seluruh rantau, Malaysia telah jatuh ke tangga
kesembilan daripada sepuluh negara yang sering dikunjungi di dunia. Oleh itu,
langkah strategik dan proaktif hendaklah digemblengkan demi menarik kembali
minat pelancong asing datang ke Malaysia.
Isi-isi penting :
Isi 1 : Memperkasakan potensi tradisional yang sejak
lama dimiliki oleh Malaysia –
mengembalikan imej daya tarikan ekonya – (hutan rimba, lautan dan sumber
marina, gunung-ganang, sungai dan tasik)
Isi 2 : Merancakkan lagi promosi dan kempen tentang
gahnya Malaysia dalam aspek sajian makanan – Malaysia amat terkenal sebagai hub makanan
internasional dalam pelbagai cita rasa sesuai dengan pemajmukan masyarakatnya
Isi 3 : Mengangkat ciri-ciri unik kepelbagaian etnik
dengan adat dan budaya – pelancong
asing lebih berminat melihat dan merasai keunikan cara hidup sesuatu kaum –
kunjungan lebih ramai pelancong Barat ke Sabah dan Sarawak sebagai bukti
Isi 4 : Melipatgandakan promosi ‘menjualkan nama
Malaysia’ dalam program tarikan pelancong secara agresif ke luar negara – perlu dijalankan secara berterusan (tidak
sepatutnya ada kempen dalam tempoh tertentu seperti Tahun Melawat
Malaysia/negeri tertentu dalam satu-satu masa) – negara-negara maju mengadakan
promosi sepanjang masa – promosi dilaksanakan oleh agensi kerajaan, swasta,
syarikat penerbangan dan pelajar-pelajar Malaysia di luar negara
Isi 5 : Sokongan daripada pihak swasta – kejayaan sesuatu produk/perniagaan berkait rapat
dengan sektor pelancongan – kerajaan perlu mendapat kerjasama daripada pihak
swasta dalam semua usaha menarik kunjungan pelancong
Kesimpulan : Sesungguhnya, keinginan untuk berprawisata dan
memperluas pandangan serta minda telah tertanam dalam minda manusia sejak zaman
awal lagi. Oleh itu, mana-mana negara dan kerajaan yang mengambil peluang
merancakkan program pelancongan sebagai agenda ekonomi negara sudah pasti
memperoleh keuntungan. Atas potensi dan kelebihan yang ada, Malaysia sewajarnya
merebut peluang yang sudah terhidang.
5. Perwatakan utama dalam sebuah novel yang telah anda
baca banyak mengandungi keistimewaan yang boleh dijadikan panduan dalam
kehidupan.
Bincangkan.
http://ishakmdshah.blogspot.com/