Friday, 26 October 2012

KARANGAN NO 9: PERCUBAAN SPM PERLIS


PERLIS

 

1. Remaja memberikan sumbangan penting untuk mengharumkan nama sekolah.

 

Sebagai remaja, jelaskan cara-cara yang dapat anda lakukan untuk mengharumkan nama sekolah.

 

Pendahuluan :

Air jernih genang-genangan

Alir deras jernih di hulu

Tempat jatuh lagi dikenang

Inikan pula tempat menimba ilmu

 

Pantun di atas lahir daripada hati nurani saya untuk diapresiasikan kepada para guru dan khususnya kepada alma mater SMK Ambang Saujana yang telah banyak menaburkan budi kepada saya dan rakan-rakan seperjuangan. Dengan sesungguh hati saya mahu berkata, bahawa sekolah merupakan institusi yang berperanan membentuk anak-anak nusa menjadi insan yang cemerlang dan berguna. Sebagai pelajar yang telah berjaya saya berasa amat terhutang budi terhadap sekolah ini dan sentiasa menyimpan azam untuk terus berusaha mengharumkan nama sekolah agar terus mekar di persada nusa.

 

Isi-isi penting :

Isi 1 : Berusaha mencapai kecemerlangan dalam akademik – sebagai bakal calon SPM inilah waktu yang tepat untuk melakukan yang terbaik untuk sekolah – imej sekolah akan terus melonjak apabila pelajar berjaya dengan cemerlang dalam sesuatu peperiksaan – berusaha lebih fokus dan mengetepikan segala agenda yang bercorak hiburan dan melalaikan

 

Isi 2 : Bergiat aktif dalam aktiviti kokurikulum – pencapaian cemerlang dalam sebarang aktiviti kokurikulum turut menjadi penanda aras sesebuah sekolah diangkat untuk bersaing sma ada di peringkat negeri, nasional mahupun antarabangsa – mengasahkan dan mempertajam bakat yang dianugerahi Allah untuk menjadi pelajar yang kompeten dalam sesuatu bidang (sama ada sukan, kelab atau badan beruniform)

 

Isi 3 : Berusaha menjadi pelajar yang berakhlak mulia dan bersopan santun – suatu lagi sisi dalam aspek kerohanian yang boleh membantu sekolah mencipta nama – sentiasa disegani sebagai sekolah yang berwatak dan turut menjadi pelengkap kepada kejayaan pelajar

 

Isi 4 : Mengambil bahagian dalam sebarang pertandingan yang dianjurkan oleh agensi kerajaan, NGO atau swasta – berpeluang manaikkan imej sekolah apabila berjaya dalam sesuatu pertandingan

 

Isi 5 : Bergiat aktif dalam aktiviti sukarela – (Bulan Sabit Merah, KRS, AADK, pengakap dan lain-lain) – melatih diri menjadi insan yang prihatin – turut menyumbang kepada imej baik sekolah

 

Kesimpulan :

Burung terbang melintas sempadan

Terbang menuju muara segara

Biar jauh berbilang lautan

Nurani kembali ke alma mater

Selayak dengan pantun di atas, sudah menjadi suatu kewajipan kepada setiap anak didik agar menanamkan azam demi menyalakan sebutir kerdipan cahaya demi suatu nama yang akan terus disebut dengan nama yang baik kepada sekolah yang disayangi. Sesungguhnya, saya berdoa dan akan berusaha keras semoga impian tersebut menjadi kenyataan.

 

 

2. Kempen galakan membaca yang dijalankan saban tahun masih gagal untuk menjadikan budaya membaca sebagai amalan hidup masyarakat di negara ini.

 

Huraikan tanggungjawab sesebuah keluarga untuk memupuk amalan membaca.

 

MAKLUMAN : Soalan ini hampir sama dengan SBP – sila rujuk

 

Pendahuluan : Apabila seseorang itu cuba mengkaji dan mendalami kandungan yang tersurat mahupun tersirat daripada Surah Al Alaq, nescaya jawapan yang diperoleh tentulah amalan membaca adalah merupakan suatu kewajipan. Kewajipan membaca bukan sekadar menjadi pelengkap kepada sesuatu peperiksaan, sebaliknya menjadi tanggungjawab untuk melahirkan umat yang berjaya, bijaksana, dan hebat menguasai dunia keilmuan. Namun demikian, saranan membaca menatijahkan nilai yang paradoks apabila masyarakat Malaysia khususnya amat liat untuk membaca. Sama ada di peringkat masyarakat umum hinggalah ke pusat-pusat pengajian, amalan membaca gagal dibudayakan. Walaupun pelbagai kempen dan insentif diberi untuk menyemarakkan amalan tersebut, hasil yang diperoleh amatlah mengecewakan. Oleh itu, sejajar dengan sesuatu kejayaan itu bermula dari rumah, nescaya keluarga haruslah memainkan peranan aktif untuk memupuk semula amalan membaca.

 

Isi-isi penting :

Isi 1 : Keluarga perlu membudayakan amalan membaca sama seperti aktiviti tetap yang lain – (amalan membaca Quran bagi keluarga Islam), amalan beriadah dan aktiviti menonton TV dijadikan sama penting dan seimbang dengan amalan membaca

 

Isi 2 : Ibu bapa hendaklah memiliki habit suka membaca – menanamkan sifat meneroka dan mencari maklumat baru dengan membaca – membaca sebagai suatu penerokaan minda – memberikan kesedaran kepada anak-anak tentang asyiknya membaca

 

Isi 3 : Menyediakan prasarana dan sumber bacaan yang cukup – mempelbagaikan bahan bacaan mengikut minat dan tahap – tidak boleh bergantung kepada minat sebelah pihak – fikirkan minat dan kecenderungan anak-anak juga (ibu bapa tidak boleh terikat dengan membaca akhbar semata-mata)

 

Isi 4 : Menghidupkan amalan mentor membaca dalam keluarga – ibu membaca kisah penerokaan dan pengembabaraan kepada anak-anak yang masih kecil – bapa membaca sumber-sumber berkaitan sejarah, politik dan ekonomi dengan anak-anak yang lebih matang

 

Isi 5 : Mengadakan rutin tetap mingguan atau bulanan untuk berkunjung ke kedai buku atau pameran buku (sekiranya ada) – memberi inovasi dan perspektif baru kepada anak-anak tentang perkembangan dunia buku

 

Kesimpulan : Hidup dengan membaca ibarat minda yang sedang bergerak untuk meneroka ke seluruh isi alam. Membaca umpama kita sedang berinteraksi atau berdialog dengan seseorang insan bijaksana melalui huruf dan angka yang disusun untuk menjadi fakta. Oleh itu, keluarga yang sentiasa membaca boleh diibaratkan sebagai sedang mengembara ke seluruh polosok alam. Dengan hal yang demikian, pupuklah minda ahli keluarga dengan amalan membaca.

 

 

 

 

 

 

 

 

3. Amalan berjimat cermat perlu disuburkan dalam kalangan masyarakat untuk menghadapi krisis ekonomi pada masa ini.

 

Tulis sebuah rencana tentang peranan pelbagai pihak untuk mewujudkan amalan berjimat cermat.

 

Pendahuluan : Semua pihak telah maklum, bahawa sepanjang tahun 2008 hingga hari ini kos sara adalah terlalu tinggi. Krisis ini berpunca daripada suasana ekonomi dunia yang suram. Peningkatan mendadak harga minyak, perubahan suhu dunia, bencana alam, dan krisis bahan makanan cukup menakutkan banyak pihak. Hingga ke hari ini suasana ekonomi dunia masih dalam suasana yang tidak menentu. Banjir besar yang melanda negara-negara pengeluar pertanian seperti Australia, India, dan Cina turut menyumbang kepada situasi yang semakin gawat. Kini, isu krisis ekonomi bukan lagi suatu perihal ribut dalam cawan kopi dalam kalangan keluarga, sebalik telah mengancam kestabilan global. Oleh hal yang demikian, suatu fasa baru amalan berjimat cermat hendaklah diperkasakan semula dengan mengambil kira penglibatan semua pihak.

 

Isi-isi penting :

 

Isi 1 : Peranan pemimpin pada peringkat pembuat dasar (negara) – perancangan bajet negara hendaklah mengambil kira situasi sebenar – mengetepikan sikap bermewah-mewah – mengutamakan agenda kebajikan – merancakkan sektor ekonomi yang boleh menyelamatkan negara

 

Isi 2 : Peranan ketua--ketua jabatan (kerajaan, agensi kerajaan dan swasta) – menguruskan perbelanjaan secara berhemah – mengawal perbelanjaan dengan penjimatan dana seperti elektrik, air, peralatan pejabat selain penjimatan dalam perbelanjaan mengurus

 

Isi 3 : Didikan daripada ibu bapa dalam hal menguruskan ekonomi rumah tangga – merupakan penyumbang utama dalam amalan berjimat cermat – menerapkan anak-anak dengan sifat berhemat dan cermat – mengurangkan belanja yang tidak perlu (pakaian, hiburan dan permainan)

 

Isi 4 : Masyarakat umum – menyokong semua kempen dan saranan daripada pihak pemerintah mahupun agensi yang berkaitan – memperkasakan sikap sayang akan kemudahan awam – menimumkan amalan membazir dan perbuatan yang merosakkan khazanah negara (membuang sampah merata-rata, menggunakan sumber dan dana awam secara bertanggungjawab)

 

Isi 5 : Peranan institusi pendidikan – para guru/pengajar menerangkan secara jelas tentang situasi krisis ekonomi yang melanda dunia – mendidik generasi muda agar faham tentang krisis dan malapetaka sekiranya bencana krisis ekonomi melanda

 

Kesimpulan : Pendidikan daripada peribahasa ingat sementara belum kena, jimat sementara belum habis amatlah tepat diamalkan dalam situasi seperti ini. Janganlah disebabkan sikap yang terlalu berkehendakkan sesuatu sehingga di luar kemampuan, kita terpaksa menanggung beban terutama dalam krisis gawat seperti ini. Janganlah sudah terhantuk baru hendak menengadah. Oleh itu, semua pihak hendaklah prihatin dengan ancaman ekonomi yang sedang melanda. Rancanglah perbelanjaan secara berhemat dalam erti kata hendak kaya berdikit-dikit, hendak papa bertabur urai.

 

 

 

 

 

 

 

4. Kerjasama Malaysia dengan negara-negara-negara jiran amat diperlukan untuk memerangi jenayah pemerdagangan manusia yang kini telah menjadi isu global.

 

Bincangkan pernyataan tersebut.

 

Pendahuluan : Perubahan dunia alaf baru telah mula membentuk suatu fenomena tentang pola migrasi manusia. Peperangan, kemiskinan, dan bencana alam telah mula mengubah landskap dunia apabila migrasi gelombang kedua semakin mengancam kestabilan politik dan sosial di beberapa buah wilayah di dunia. Pola tersebut ialah sindiket pemerdagangan manusia yang ditunjangi oleh rangkaian penjenayah antarabangsa yang turut dikenali sebagai tekong laut dan tekong darat. Kesan daripada jenayah tersebut menimbulkan krisis kemanusiaan yang teruk apabila manusia dengan sewenang-wenangnya dijadikan bahan dagangan demi mengaut keuntungan yang berlipat ganda. Sementara itu, negara yang menjadi transit dan negara penerima turut mengalami masalah sama ada dalam aspek politik, demografi, ekonomi, dan sosial. Sebagai salah sebuah negara transit dan juga penerima, Malaysia tidak wajar berpeluk tubuh dan memandang sebelah mata terhadap krisis ini. Malaysia wajar menjalinkan kerjasama strategik dengan negara-negara jiran agar jenayah yang tidak berperikemanusiaan ini dibendung dengan sebaik mungkin.

 

Isi-isi penting :

 

Isi 1 : Memperkukuh sistem politik dan keamanan dalam negara masing-masing – kestabilan dalam negeri boleh menjadi aset untuk menghalang kemasukan warga asing dengan sewenang-wenangnya

 

Isi 2 : Membanteras gejala rasuah yang masih berleluasa dalam kalangan negara-negara dunia ketiga – berusaha mengurangkan indeks rasuah terutama dalam kalangan penguatkuasa seperti polis, tentera, dan pengawal pintu masuk perairan negara (peribahasa amalan buruk lontar batu sembunyi tangan)

 

Isi 3 : Mengadakan kerjasama rondaan dalam kalangan negara berjiran – mencegah kemasukan warga asing sacara haram – kedudukan Malaysia dengan negara jiran terutama Indonesia yang kondusif kepada kemasukan pendatang asing tanpa izin (hidup berjiran, ibarat aur dengan tebing)

 

Isi 5 : Komitmen diplomatik yang intim dalam kalangan pemimpin negara – pertelagahan politik memberi laluan mudah untuk orang lain mengambil kesempatan (peribahasa jong pecah yu yang kenyang)

 

Kesimpulan : Gejala pemerdagangan manusia merupakan sebahagian daripada krisis kemanusiaan sejak zaman-berzaman. Yang berbeza dari masa ke masa hanya modus operandinya sahaja. Oleh itu, penyelesaian secara global dan serantau hendaklah diteruskan agar landskap politik dunia dan wilayah tidak terancam oleh sikap dan amalan manusia yang bersikap pepat di luar runcing di dalam.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

5. Perumpamaan bagai menatang minyak yang penuh bermaksud ibu bapa yang mendidik anak-anak dengan penuh perhatian dan kasih sayang tanpa berbelah bahagi.

 

Tulis sebuah cerpen bertemakan maksud perumpamaan tersebut.

 

MAKLUMAN : Tiada rangka isi untuk soalan ini – (harap maaf)

 
SUMBER
http://ishakmdshah.blogspot.com/