SELANGOR
1. Keluarga, rakan sebaya, dan pendidikan agama dan
moral memainkan peranan penting dalam kehidupan seseorang remaja.
Berikan pendapat anda tentang pernyataan tersebut.
Pendahuluan : Setiap orang pasti berkata, “Saya ada prinsip sendiri
dalam membuat sebarang keputusan”. Prinsip merupakan lambang kepada personaliti
seseorang untuk membolehkan ia dihormati. Prinsip pula sering dikaitkan dengan
upaya individu itu mempertahankan nilai-nilai peribadi yang terbentuk daripada
asuhan keluarga, pemilihan rakan sebaya, dan pendidikan agama serta moral yang
dipegang dengan kuat. Kuat atau lemah jati diri seseorang adalah bergantung
sama ada kuat atau lemah ia berpegang kepada formula intipati peribadi seperti
yang tersebut.
Isi-isi penting :
Isi 1 : Keluarga sebagai bayangan peribadi seseorang – kaitan dengan peribahasa, benih yang baik jatuh ke
laut menjadi pulau – kalau asal keluarga yang baik nescaya individu berkenaan
pun akan baik
Isi 2 : Rakan sebaya menjadi alam atau habitat yang
membentuk individu – prinsip
hidup amat berkait rapat dengan falsafah atau anutan kelompok (kawan-kawan)
yang digauli – peribahasa, apabila kamu bersahabat dengan penjual minyak wangi
nescaya aroma kasturinya akan mengenaimu, sebaliknya apabila bersahabat dengan
tukang besi nescaya tengik besi akan melekat pada dirimu
Isi 3 : Pendidikan sebagai agen pengubah personaliti
dan hala tuju manusia – pendidikan
memiliki kuasa dan tangan ghaib yang dapat mengubah seseorang daripada buruk
kepada yang lebih atau sebaliknya
Isi 4 : Agama sebagai enjin atau kuasa dalaman yang
menggerakkan individu menjadi insan yang sempurna – menjadi
pelengkap, pengemas, dan penyantun individu – agama menjadi pengawal peribadi
yang terus menghubungkan manusia dengan kuasa khaliq (Tuhan) – insan lebih
terikat dengan pelbagai doktrin (peraturan) apabila agamanya mantap
Isi 5 : Moral menjadi alat penyantun manusia – nilai peribadi manusia terserlah dengan sendirinya
oleh tinggi atau rendah nilai moral yang dianutinya – moral banyak membentuk
manusia menghayati nilai-nilai murni keinsanan
Kesimpulan : Peribahasa yang menyatakan, dari telaga yang jernih,
takkan mengalir air yang keruh menerangkan bahawa, sifat peribadi dan hati
nurani yang baik tidak lahir pekerti yang keji. Oleh itu, pancaran hati nurani
sudah pasti lahir daripada prinsip yang dibina oleh nilai-nilai teras seperti
keluarga, rakan sebaya, dan pendidikan agama dan moral
2. Kebanyakan anak hari ini berdepan dengan pelbagai
masalah. Sehubungan dengan itu, anda ingin menulis rencana untuk disiarkan
dalam akhbar tempatan. Tajuk rencana tersebut ialah “Peranan Keluarga dalam
Membantu Anak-anak Mengatasi Masalah”.
Tulis rencana itu selengkapnya.
MAKLUMAN :
Soalan ini mempunyai persamaan dengan soalan 2 negeri Pahang. Sila rujuk
3. Penggunaan telefon bimbit dalam kalangan masyarakat
pada masa ini semakin popular kerana banyak memberikan kemudahan kepada
penggunanya.
Huraikan kesan-kesan penggunaan telefon bimbit kepada
masyarakat.
Pendahuluan : Pada hari ini seseorang ibu dengan segera dapat
menghilangkan rasa rindu terhadap anak kesayangan yang tinggal berjauhan ribuan
kilometer. Demikian pula seorang kekasih dapat melampiaskan rawan hiba kepada
yang tersayang dengan saling menyatakan janji setia dan menyulam kasih. Malahan
kuasa maklumat kini mampu diterjemahkan dalam bentuk audio dan visual melalui
perantara teknologi 3G. Sebenarnya, semua peranti tersebut dikuasakan oleh
teknologi telefon bimbit yang amat canggih dan mampu bergerak seiring dengan
kemajuan teknologi siber. Oleh itu, kewujudan telefon bimbit bukan lagi sebagai
lambang gaya hidup, malahan menjadi kemestian kepada setiap individu.
Kewujudannya walaupun dianggap sebagai suatu rahmat dalam gaya hidup era
milenium, namum tetap memberikan pelbagai impak kepada masyarakat.
Isi-isi penting :
Positif :
Isi 1 : Membentuk transformasi gaya hidup yang lebih
moden dan sofistikated – keperluan
terhadap teknologi semakin bertambah dan urusan harian semakin mudah
Isi 2 : Mempercepat sistem komunikasi dan menyampaikan
maklumat yang tepat – kejayaan
yang amat luar biasa dalam revolusi teknologi maklumat – kata-kata ‘dunia
semakin sempit’ amat bertepatan dengan kewujudan telefon bimbit
Isi 3 : Memperluas jalinan/jaringan sosial – berlaku transformasi gaya hidup apabila jalinan
rangkaian kenalan melangkaui batas geografi dan batas etnik mahupun keluarga –
meletakkan insan di dunia sebagai sama taraf
Negatif
Isi 4 : Pembaziran dalam aspek ekonomi dan masa – peningkatan drastik teknologi telefon bimbit
memaksa masyarakat berlumba-lumba memperolehinya – pembaziran wang semata-mata
untuk ‘kepuasan’ air liur dan telinga – masa banyak terbuang (golongan pelajar
dan remaja yang banyak terbabit)
Isi 5 : Masyarakat (pengguna) semakin terdedah kepada
gejala fitnah dan adu domba – maklumat
palsu dan memburuk-burukkan peribadi orang menjadi ‘budaya’ dalam masyarakat
moden
Isi 6 : Generasi Y sebagai mangsa teknologi – masih mentah untuk mencari manfaat daripada mudarat
– tersepit antara kecanggihan teknologi dengan kemerosotan nilai moral, etika
dan nilai agama
Kesimpulan : Sesungguhnya, revolusi telefon bimbit telah banyak
mengubah transformasi dunia, namun masyarakat terpaksa membayar harga yang
sangat mahal di sebalik kecanggihan teknologinya. Harga sama ada ekonomi,
moral, mahupun keselamatan menjadi sangat mahal pada hari ini kerana ancaman
berterusan daripada penggunaannya. Oleh itu, masyarakat pengguna hendaklah
bijak dan berfikiran terbuka dalam mengendalikan sesuatu yang mempunyai
kemungkinan sama rata antara positif dan negatifnya.
4. Pendidikan memainkan peranan yang sangat penting
dalam memajukan sesebuah negara.
Huraikan kerjasama Malaysia dengan negara-negara dunia
dalam meningkatkan mutu pendidikan negara.
MAKLUMAN : Merit soalan ini sama dengan Pulau Pinang.
Sila rujuk
5. anda telah terpilih untuk mengulas sebuah novel
yang bertemakan kegigihan sempena pelancaran program NILAM.
Tulis ulasan novel tersebut dengan lengkap.
MAKLUMAN : Tiada rangka isi disediakan untuk soalan
ini – (harap maaf)
http://ishakmdshah.blogspot.com/